Back To School: Sumbangan IKRAM untuk anak-anak yatim dan kurang mampu

Di  Masjid As-Solihin, Kg Padang Jawa, seramai 60 orang anak-anak kurang mampu dari Padang Jawa dan 60 anak-anak yatim dari Padang Jawa dan Rimba Jaya telah menerima sumbangan. Turut hadir Nazir masjid dan YDP IKRAM Shah Alam, Hj Norazmi Mat Noh.

Dengan kerjasama aktivis belia dan remaja IKRAM daerah, peserta diisi dengan program motivasi yang dimulakan dengan persembahan slaid-slaid yang menunjukkan kebesaran Allah SWT melalui ciptaan-Nya dan pengukuhannya melalui penemuan sains.

Peserta kemudiannya dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil untuk aktiviti berkumpulan. Selesai makan tengahari dan solat Zuhur, diadakan majlis penyampaian baucer sumbangan kepada para peserta.

Sdr Amizi memperkenalkan IKRAM (foto 1) dan penerima-penerima sumbangan di Padang Jawa (foto 2 & 3).

Di Surau Al-Falah Seksyen 26, majlis bermula  pada 10.00 pagi dihadiri oleh Ketua penduduk Kg Baru Hicom dan Pengerusi JKKM IKRAM Shah Alam, Saudara Amizi Yahya. Amizi turut memperkenalkan IKRAM kepada para ibu bapa dan anak-anak dan kemudiannya diiringi dengan majlis penyampaian baucer sumbangan kepada 60 anak-anak yang kurang mampu.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa yang kurang mampu, menambah motivasi anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan yang  baru serta menjalin hubungan antara IKRAM Shah Alam dan penduduk tempatan.

Di samping itu, IKRAM Shah Alam turut merancang untuk mengadakan program susulan agar usaha-usaha dakwah di sana sentiasa berterusan, insya-Allah.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia