Di awal program, peserta didedahkan dengan kisah Uwais yang telah berbakti kepada ibunya semasa mengerjakan haji. Ibrah daripada kisah tersebut dikongsikan dengan peserta.
Aktiviti dalam kumpulan diteruskan dengan dua aktiviti berbeza. Peserta yang berumur lima hingga sembilan tahun membuat kraftangan ‘Mahkota’ menggunakan pinggan kertas sempena Hari Ibu. Manakala peserta berumur 10 hingga dua belas tahun diajar membaca dan menghafal doa ibu bapa di dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Seterusnya peserta diterangkan adab berdoa dan contoh doa selepas solat.
Jazakumullah diucapkan kepada semua semua yang terlibat.
Facebook IKRAM Junior Bandar Tun Razak
[googleMaps align=”none” addr=”Masjid Al-Mukhlisin Kuala Lumpur” label=”Pertubuhan IKRAM Malaysia Wilayah Persekutuan” width=100% height=400 zoom=18]