Ahli IKRAM Pahang Mempelajari Pengurusan Masjid Di Masjid Taman Temerloh Jaya

Bersempena dengan program iktikaf bulan July 2022, Jawatankuasa Tarbiah & Modal Insan (JKTMI) telah memilih Masjid Temerloh Jaya sebagai lokasi pilihan untuk iktikaf.

 

Ahli IKRAM Pahang berkesempatan mempelajari hal ehwal pengurusan masjid dari pihak AJK Masjid Temerloh Jaya.

 

En Zulkanain Hj Hashim, Setiausaha Masjid Temerloh Jaya berkongsi pengalaman bagaimana masjid ini berjaya memikat hati penduduk sekitar Temerloh serta dari serata Malaysia untuk mengimarah dan membangunkan masjid tersebut.

 

Antara impian Masjid Temerloh Jaya ialah untuk menjadi ‘one stop centre’ bagi program keagamaan, kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan.

 

Alhamdulillah, hasil dari pengurusan masjid yang teratur dan berstrategi, impian ini berjaya direalisasikan. Malahan, pada tahun 2021, masjid ini mendapat anugerah Johan Pengimarahan Solat di Anugerah Masjid Malaysia.

 

Pengerusi masjid, Dr Abdullah Ismail memperingatkan berkenaan agenda besar Rasulullah SAW berkenaan solat berjemaah di masjid. Ramai yang nampak ia suatu perkara yang kecil, tetapi buat Rasulullah SAW, ia suatu amalan yang sangat besar.

 

Dr Abdullah kerap diundang untuk memberi perkongsian berkenaan pengurusan masjid. Di atas jasa dan sumbangan beliau, Dr Abdullah telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1444H Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2022 (Kategori Penggiat Agama). Semoga Allah SWT merahmati beliau dan barisan AJK masjid.

 

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia