PUTRAJAYA, 11 Mei 2021 / 29 Ramadan 1442H – KRAM Putrajaya terus menyantuni warga Putrajaya buat kesekian kalinya dalam kepelbagaian suasana.
Hari ini 350 ekor ayam diedarkan melalui surau-surau kariah, jamaah solat asar dan mereka yg memerlukan di KRT Fasa 11 Precint 9.
Semoga sumbangan ini memberikan keceriaan sempena Hari Raya.Aidilfitri buat kali ke 2 diraikan dalam suasana PKP 3.0.


Berdoalah agar COVID-19 akan segera berakhir dan kita kembali menjalani hidup seperti biasa. Raikan sunnah aidilfitri ini walau dalam apa suasana sekalipun , semoga Allah terus mendengar permohonan kita dan memakbulkannya.
Terima kasih AJK KRT dan sahabat-sahabat dunia akhirat yang turun membantu melancarkan program hari ini.