Selain itu, Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Sarawak, Dr. Azhar bin Ahmad turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Profesionalisme Kepimpinan dalam Konteks Transformasi Pendidikan”.
MGBSIM merupakan “platform” bagi menjalinkan kerjasama serta perkongsian maklumat dan idea dengan kesemua institusi pendidikan yang berdaftar dengannya.
Melalui kerjasasama ini, beberapa kejayaan di sekolah-sekolah rangkaian IKRAM-Musleh dapat dicapai antaranya penganjuran PRINT yang melibatkan seramai 1200 pelajar termasuk peserta daripada Indonesi dan Thailand serta mendapat dua pingat emas di program International Exposition On Syariah Compliant Idea, Invention, Inovation and Design (IESCIIID2014) untuk produk Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH dan Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh.
Delegasi MGBSIM berkesempatan melawat SRI Al-Amin Kuching yang juga merupakan salah sebuah sekolah rangkaian IKRAM-Musleh yang berjumlah 43 buah kesemuanya di seluruh Malaysia.
SRI Al-Amin Kuching yang terletak di Lorong Matang Jaya 4 ini beroperasi sejak tahun 2012 dan didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Swasta dan Jabatan Agama Islam Sarawak.