IKRAM kunjungi kedutaan Indonesia, Jerman ucap takziah

Kunjungan rasmi delegasi IKRAM ke Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia semalam disambut oleh En. Ali Murtadho, Pegawai Bahagian Politik Kedutaan dan pihak kedutaan melahirkan penghargaan atas keprihatinan masyarakat Malaysia atas tragedi tersebut. 

IKRAM yang diwakili Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa (JKPA) IKRAM dan Noorsyazly Rameli, Setiausaha Kerja JKPA menyampaikan surat takziah bagi pihak Presiden IKRAM kepada TYT Air Chief Marshal (B) Herman Prayitno, Duta Besar Republik Indonesia di Malaysia.

Dalam pertemuan itu, IKRAM turut berkongsi usaha-usaha untuk memberi khidmat kepada masyarakat Malaysia serta memberi penerangan dan mendidik masyarakat agar tidak terpengaruh dengan elemen-elemen ekstremisme dan keganasan.

    

Di Kedutaan Indonesia dan Jerman

Dalam perkembangan berkaitan, delegasi IKRAM juga turut menyampaikan surat takziah atas kematian 10 rakyat Jerman dalam tragedi serangan bom di Istanbul, Turki pada 12 Januari lalu di Kedutaan Jerman di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada hari ini.

Pertemuan bersama Duta Persekutuan Republik Jerman di Malaysia, TYT Holger Wilfred Michael yang turut dihadiri oleh Mr. Jan Hendrik van Thiel, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jerman, IKRAM berpeluang berkongsi tentang aktiviti dan inisiatif IKRAM selain menjadi medan untuk bertukar-tukar maklumat dan pendapat antara kedua-dua negara dalam pelbagai isu.

TYT Duta juga melahirkan rasa terharu dengan kunjungan itu serta mengucapkan penghargaan kepada delegasi IKRAM dan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dan menjadi medan untuk mereka mengenali hal ehwal serta iklim negara ini.

Sebelumnya, IKRAM menyertai solidariti rakyat seluruh dunia mengutuk ‘serangan pengganas yang tidak berperikemanusiaan’ di tiga negara iaitu Turki, Indonesia dan Burkina Faso antara tarikh 12 hingga 15 Januari 2016 lalu yang mengorbankan hampir 50 nyawa dan mencederakan lebih daripada 70 orang.

IKRAM juga turut menyeru rakyat Malaysia pelbagai etnik dan lapisan masyarakat untuk menunjukkan sokongan dan merakamkan simpati dan takziah kepada semua mangsa dan keluarga mereka.

“Sesungguhnya, Islam amat menitikberatkan dan memupuk kasih sayang sesama manusia dan melarang sebarang bentuk kekerasan, keganasan dan penindasan yang jelas menyimpang dari ajaran Tuhan,” kata Kamarul Zaman.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia