IKRAM Kesal Kenaikan Harga Petrol

Ini merupakan kenaikan sama seperti yang dilakukan tahun lepas berkuatkuasa pada 2 September 2013. Kenaikan harga minyak seperti biasa dijangka akan menyebabkan kenaikan harga barang-barang keperluan pengguna, sekaligus meningkatkan lagi kos sara hidup rakyat.

IKRAM bimbang ketika rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup masa kini yang tinggi, kenaikan harga minyak akan disusuli pula dengan kenaikan harga barangan keperluan yang lain yang menyebabkan rakyat semakin terbeban.

IKRAM juga bimbang rakyat bakal menerima beban kenaikan berganda harga barangan apabila GST diperkenalkan pada April 2015.

IKRAM sedar langkah kerajaan menaikkan harga minyak ialah ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20 sen. Namun, pada masa yang sama, terdapat laporan yang mengatakan harga minyak dunia berada di tahap rendah sekarang dan beberapa negara telah menurunkan harga petrol sedangkan Malaysia menaikkan harga.

Adalah sesuatu yang menghairankan bilamana kenaikan harga minyak dilakukan dengan alasan untuk merasionalisasi subsidi minyak negara sekiranya laporan di atas benar.

IKRAM juga tidak pasti sejauh manakah keberkesanan kenaikan harga minyak ini dalam mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan.

IKRAM faham bahawa kerajaan akan menyediakan bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat di samping memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan berlebihan.

Walaupun kenaikan harga minyak ini dikaitkan dengan pengurangan subsidi, namun IKRAM berpendapat kerajaan seharusnya memikirkan bagaimana membentuk ekonomi negara berkebajikan yang lestari dan stabil tanpa bergantung banyak kepada pemberian subsidi di samping mengupayakan rakyat untuk tidak bergantung kepada saguhati-saguhati kerajaan seperti BR1M dan sebagainya.

Jaminan kerajaan untuk memastikan bahawa harga barangan keperluan rakyat yang lain tidak terus meningkat dan ke mana hasil penjimatan itu akan dibelanjakan juga seharusnya dinyatakan dengan jelas kepada rakyat.

Oleh yang demikian, IKRAM menyeru supaya:

1. Kerajaan pada sepanjang masa terus berhemah dalam mengendalikan kewangan negara dan dilihat berhemah oleh rakyat, mengelakkan pembaziran di samping bersungguh-sungguh menangani amalan korupsi yang berleluasa.

2. Kerajaan menurunkan cukai kenderaan yang sekarang ini terlalu tinggi tinggi serta mengawal kenaikan berterusan harga rumah. Inilah masa yang terbaik bagi kerajaan berbuat demikian sebagai altenatif pilihan lain untuk mengurangkan beban kepada rakyat terutamanya terhadap generasi muda.

Sesungguhnya dua perkara ini begitu menekan kehidupan rakyat sehinggakan sebahagian besar rakyat terpaksa berhempas pulas mencari rezeki tambahan siang dan malam untuk menampung keperluan sara hidup mereka sehingga mengurangkan masa berkualiti mereka bersama keluarga dan masyarakat.

3. Rakyat berusaha mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang bukan merupakan keperluan, berbelanja secara sederhana dan berhemat dan berbelanja hanya berdasarkan kepada kemampuan pendapatan keluarga dan peribadi masing-masing di samping mengelakkan amalan berhutang. Lakukan perancangan kewangan terbaik pada saat menghadapi situasi kesan kenaikan harga minyak ini.

4. Masyarakat perlu menyedari bahawa kos sara hidup dan harga barang keperluan akan sentiasa naik. Oleh itu, usaha-usaha mewujudkan masyarakat contoh yang hidup secara sederhana amatlah wajar digalakkan di samping peka dengan hak untuk menegur kerajaan dan pimpinan.


Hj Syed Ibrahim Syed Noh

Naib Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia