IKRAM Junior ceria menyambut Ramadhan

SABTU 14 JULAI 2012

Program ‘I Luv Ramadhan’ IKRAM Junior Muar (gambar utama, gambar bawah) telah diadakan di perkarangan Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti peraduan mewarna, puzzle, kuiz dan explorace. Seramai 40 orang peserta menyertai program ini dibantu oleh 9 orang fasilitator.


Explorace IKRAM Junior Melaka telah diadakan di perkarangan Masjid Al-Azim (gambar bawah). Setiap kumpulan perlu melepasi beberapa checkpoint sekitar masjid dan setiap mereka diberi barang amanah untuk dijaga hingga ke akhir pertandingan.


Program Aulad Raikan Ramadhan 1433H ‘Syoknya Ramadhan’ telah diadakan di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Kuantan anjuran IKRAM Junior Kuantan (gambar bawah) dengan kerjasama Masjid Tengku Ampuan Afzan. Peserta yang hadir seramai 72 orang untuk menyuntik semangat anak-anak bagi membuat persediaan awal untuk menyambut Ramadhan, memupuk kesedaran kepada anak-anak tentang keistimewaan Ramadhan dan mengeratkan silaturrahim dan ukhuwwah.


IKRAM Junior Kulim (gambar bawah) pula meraikan Ramadhan dengan cara yang lebih unik dan bermakna iaitu di mana peserta perlu menjayakan misi untuk menggembirakan anak-anak yatim bagi memberi pendedahan dan mengajar peserta cara untuk bersedekah. Peserta IKRAM Junior telah menziarahi Rumah Anak-anak Yatim BEDAYA.


Majlis dimulakan dengan tazkirah Persediaan Menyambut Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Shahimi diikuti dengan kuiz untuk anak-anak yatim. IKRAM Junior turut menghiburkan anak yatim dengan persembahan nasyid  Marhaban Ya Ramadhan. Permainan ukhuwah turut diadakan antara mereka. Akhir ziarah, IKRAM Junior memberikan sumbangan dan cenderahati untuk anak-anak yatim bagi menggembirakan mereka sempena Ramadhan.

AHAD 15 JULAI 2012

Program Aulad Rai Ramadhan (gambar bawah) dianjurkan oleh IKRAM Gerik di Balai Islam TNB Gerik, seiring dengan program Kongsi Ilmu untuk para ibu sempena tibanya Ramadhan. Untuk peserta kanak-kanak, slot pertama iaitu Sembang-sembang Atuk mengenai Ramadhan dan slot kedua lakonan dalam kumpulan mengenai puasa. Para peserta turut diberikan cenderahati sebelum pulang.


Sementara itu, IKRAM Daerah  Johor Bahru Tengah (JBT) telah melancarkan Program Semarak Ramadhan di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti turut mengisi program untuk kanak-kanak. Program yang dikendalikan oleh Wanita IKRAM JBT dan IMAN ELC diserikan dengan kehadiran 110 orang kanak-kanak, yang mengikuti aktiviti ialah pengisian Ramadhan Yang Dinanti, sesi bercerita, mewarna, membina model masjid dan explorace (gambar bawah).


IKRAM Putrajaya pula mengadakan Program Semarak Ramadhan IKRAM Putrajaya untuk kanak-kanak di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Peserta mengikuti solat sunat Dhuha, tazkirah Bestnya Ramadhan Datang Lagi, Explorace dan Kuiz Ramadhan (gambar bawah).


Program IKRAM Junior Ampang Jaya (gambar bawah) telah berlangsung dengan jayanya di Masjid KLCC dan kolam renang KLCC dengan tema ”♥ Ramadhan”. Seramai 24 peserta telah hadir mengikuti aktiviti Ramadhan Chit Chat dan menghias Tabung Infak Ramadhan khusus untuk sahabat-sahabat sebaya mereka di Palestin.


Di samping semakan  hafalan dalil dan niat puasa, peserta telah dibekalkan dengan senarai semak amalan di bulan Ramadhan. Borang yang telah diisi akan dikutip semasa program iftar Ikram Junior, bersekali dengan tabung Infaq Ramadhan. Program diakhiri dengan makan tengahari  dan peserta bermandi-manda di kolam renang dengan gembira.

IKRAM Junior Hulu Langat tidak ketinggalan menganjurkan program Syoknya Ramadhan! di dua lokasi iaitu di Tadika Khalifah Bestari, Bandar Baru Bangi dan Tadika Al-Fatih di Bandar Seri Putra. Di Bandar Seri Putra, program melibatkan 11 peserta bermula dengan persembahan multimedia Ramadhan: Hadiah dari Allah oleh Puan Iman. Mereka diberi penerangan tentang apa itu Ramadhan dan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa puasa dan kemudian disambung dengan aktiviti menggunakan booklet Ramadhan yang disediakan mengandungi Ramadhan Code Cracker dan Ramadhan Word Seach dikendalikan oleh Puan Amnah.

Seterusnya peserta mengikuti pertandingan kuiz Ramadhan antara team Aulad dan Banat di mana kuiz dimenangi oleh team Banat. Sesi kedua menyentuh tentang Jadual Ramadhanku Yang Osem! yang telah disediakan di dalam booklet Ramadhan. Peserta diingatkan untuk mengisi jadual itu sebagai ingatan kepada diri untuk melakukan ibadah berterusan di bulan Ramadhan. Sesi terakhir, peserta menonton video dakwah di Youtube nukilan Cik Beah Osem tentang The Awesome Race. Peserta begitu seronok mengikuti program ini.

Semoga semua program untuk IKRAM Junior ini menjadi pencetus semangat kepada mereka untuk menghayati bulan Ramadhan dan melalui bulan barakah dengan penuh persediaan dan ilmu dan memperoleh ganjaran berganda yang dijanjikan Allah, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia