IKRAM Hulu Selangor agih RM43,000 kepada fakir miskin

HULU SELANGOR – Sungguhpun tahun ini merupakan pengalaman Ramadan pertama Pertubuhan IKRAM Malaysia sejak dilancarkan 20 Jun lalu, IKRAM Daerah Hulu Selangor memulakan langkah positif tampil ke tengah masyarakat apabila berjaya mengumpulkan sumbangan melebihi RM43,000 untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan menjelang hari raya ini. Jumlah sumbangan tersebut telah mencipta rekod tersendiri, sekurang-kurangnya untuk daerah ini.