IKRAM Gerakkan Ahli ke Himpunan Mega Bersama Rakyat Palestin

IKRAM Gerakkan Ahli ke Himpunan Mega Bersama Rakyat Palestin

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru dan menggerakkan seluruh ahlinya untuk bersama-sama menunjukkan solidariti dalam Himpunan Mega Bersama Rakyat Palestin pada Sabtu ini.

Menurut Setiausaha Agung IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari, notis kerahan ke seluruh negeri telah dikeluarkan pada minggu lepas bagi memobilisasi ahli supaya hadir ke perhimpunan tersebut.

“Peserta himpunan akan berkumpul pada jam 2.00 petang selepas solat zuhur di Masjid Tabung Haji, berjalan beramai-ramai ke Kedutaan Amerika dan seterusnya ke Padang Merbok,” kata beliau.

Jelasnya, solidariti ini perlu dizahirkan bagi memberi mesej jelas dan tekanan kepada Zionis Israel dan sekutu-sekutunya supaya menghentikan serangan di Gaza yang kini mengorbankan lebih 30,000 nyawa tidak berdosa sejak 7 Oktober tahun lalu.

“Kita tidak boleh berdiam diri selagi mana Gaza terus diserang bertubi-tubi. Bantuan kemanusiaan, boikot, himpunan, doa dan apa saja cara solidariti untuk Palestin dan tekanan terhadap Zionis Israel perlu diteruskan,” tegas Shahrul Aman.

Tema yang diangkat bagi Himpunan Mega Bersama Rakyat Palestin anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) ini adalah “Hentikan Genosid!” dan “Gencatan Senjata Sekarang!”.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama-sama menyertai himpunan ini sebagai tanda solidariti dan keprihatinan dengan apa yang berlaku di Gaza dan Palestin.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia