IKRAM di persidangan ASEAN tangani ekstremisme

Persidangan itu disertai oleh wakil dari 10 negara ASEAN bagi membincangkan isu-isu keganasan antarabangsa yang baru-baru ini mensasarkan negara sekitar bagi tujuan tersebut.

Menyedari ancaman yang dibawa oleh kumpulan keganasan seperti ISIS untuk menggugat keselamatan dan kemakmuran negara, mereka bersepakat bahawa ancaman ini perlu ditindak balas dengan mempromosi keamanan secara terbuka dan menyeluruh kepada semua peringkat masyarakat.

“Penyertaan secara kritikal oleh golongan wanita, generasi muda, agamawan, ahli perniagaan, ahli politik dan kerajaan sangat penting untuk menanam budaya menyemai keamanan, toleransi, modenisasi, demokrasi dan hak asasi manusia sebagai satu cara menentang aktiviti radikal.”

Dalam kenyataan rasmi persidangan, mereka menegaskan kepentingan pendidikan kepada masyarakat sebagai salah satu cara yang berkesan untuk menangani isu ini tanpa mengetepikan penyertaan kaum wanita dan anak muda.

“Penyertaan kaum wanita yang merupakan antara mangsa aktiviti keganasan tidak dapat kita abaikan dalam apa jua keadaan.”

  

Prof Madya Badlishah dalam pembentangan dan bersama para peserta persidangan

Antara negara yang terlibat termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Kemboja dan beberapa negara lain yang terdiri daripada organisasi politik, agamawan, ahli akademik, ahli perniagaan, wakil wanita dan anak muda.

Mereka memperakui kepentingan teknologi dan media sosial yang merupakan bahan utama bagi kumpulan militan merekrut ahli baru sebagai salah satu alat yang boleh digunakan kembali untuk mendidik masyarakat daripada terjebak dengan aktiviti keganasan.

Hasil daripada persidangan ini, mereka menyatakan hasrat untuk meneruskan kerjasama dengan pemimpin agama masyarakat setempat sebagai jalan untuk menghalang doktrinisasi militan yang menyokong keganasan terutama di pusat-pusat pengajian agama.

“Ia boleh dilakukan dengan memperkemaskan sistem pendidikan terutamanya di madrasah dengan menanam nilai-nilai murni dan menggalakkan dialog antara agama.”

Turut mewakili Malaysia dalam persidangan tersebut adalah ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Dr Maszlee Malik.

Menurut Badlishah, sesi perbincangan tersebut telah berlangsung dengan baik dan harmoni.

Mereka berdua masing-masing merupakan wakil Malaysia juga panelis dan moderator untuk sesi yang membincangkan tajuk ‘Building Network Between Muslim and Non-Muslim”’ dalam persidangan tersebut.

Badlishah juga berkongsi tentang pengalaman Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) khususnya Gabungan Bertindak Malaysia(GBM) membina jaringan antara panganut agama Islam dan bukan Islam di Malaysia. 

Sebelum itu, beliau turut mewakili IKRAM ke Bengkel ‘Engaging Civil Society in the Rehabilitation and Reintegration of Individuals Associated with and Affected by Terrorism’ yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 6 dan 7 September lalu.

Program yang dianjurkan oleh International Centre for Counter-Terrorism – The Hague (ICCT) itu bertujuan mewujudkan pelan tindakan menangani keganasan dan extremisme di rantau ASEAN melalui kerjasama pelbagai organisasi antarabangsa.

“Draf pelan telah dihasilkan dan cadangan untuk menubuhkan sekretariat NGO ASEAN untuk perkara tersebut juga telah dipersetujui,” kata Badlishah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia