IKRAM Batu, Kolej Unikop saling berkunjung, jalin kerjasama bangunkan pelajar

Kunjungan mereka diketuai oleh Ustaz Mat Said Mohamed Razak, Ketua Bahagian HEP bersama empat orang pegawai yang lain untuk membincangkan majlis pelancaran program kerjasama antara Kolej Unikop dan IKRAM Batu pada 22 Disember nanti, susulan pertemuan YDP IKRAM Batu, Hj Hassan Unir dengan pihak HEP kolej tersebut pada awal bulan ini. 

Sebelumnya pada tengahari, IKRAM Batu turut menerima kunjungan 10 orang Ahli Jawatankuasa daripada Kelab Rakan Surau Kolej Unikop (Karisma) yang diketuai oleh pengerusinya Saudara Syed Zain Syed Idros bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan IKRAM Batu yang baru menjadi jiran mereka.

    

Kunjungan HEP Kolej Unikop dan Karisma serta kunjungan IKRAM Batu ke Kolej Unikop

Kedua-dua kunjungan tersebut diraikan oleh Hj Khalil Che Ibrahim, Setiausaha IKRAM Batu dan Hj Wan Mohd Zukri Che Mat Zin, Pengerusi Jawatankuasa Media dan Antarabangsa IKRAM Batu serta beberapa orang eksekutif IKRAM Batu.

Susulan kunjungan tersebut, beberapa orang Ahli Jawatankuasa IKRAM Batu yang diketuai oleh Hj Khalil telah melakukan kunjungan balas semalam ke pejabat Ketua Eksekutif Kolej Unikop, En Mohamad Islahudin Abdullah yang turut dihadiri Ustaz Mat Said, Ketua Bahagian HEP.

Dalam pertemuan pertama ini, Mohamad Islahudin mengalu-alukan dan menyokong penuh program kerjasama untuk pembangunan pelajar yang bakal dilancarkan nanti. Beliau mengharapkan program-program yang akan dirancang nanti termasuk berbentuk kemahiran, sukan dan aktiviti kemasyarakatan yang diterap nilai-nilai Islam padanya.

Foto Kunjungan UNIKOP: http://on.fb.me/1NoAPQ6
Foto Kunjungan IKRAM Batu: http://on.fb.me/1k1vCTI

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia