IKRAM bantah sebarang usaha tangkapan terhadap Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius dan mengutuk tindakan kerajaan Mesir meminta  Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan Notis Merah atau waran tangkap ke atas Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi atas tuduhan bersubahat, menghasut dan membantu untuk melakukan pembunuhan dengan sengaja, membantu banduan melarikan diri, membakar, vandalisme dan kecurian.

IKRAM berpendapat bahawa waran tangkap ini adalah tindak balas kepada bantahan berterusan beliau terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh Jeneral Abdul Fattah As-Sisi ke atas Presiden Mesir yang sah dan terpilih secara demokratik, Dr Mohamed Morsi pada awal Julai 2013.

IKRAM berpendapat bahawa tindakan ini adalah suatu tindakan yang tidak wajar kerana Dr Al-Qaradhawi adalah seorang ulama kontemporari yang moderat serta sangat konsisten dalam mempertahankan keadilan dan hak asasi manusia.

Beliau yang pernah dinobatkan oleh kerajaan Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah 2009 sentiasa menyeru kepada pendekatan berdialog, berdiskusi dan berwacana selain sentiasa menegah masyarakat Muslim seluruh dunia dari sebarang tindakan subversif dan ekstremisme.

Beliau juga pernah mendapat tempat ketiga dalam satu undian berkenaan 100 intelek tersohor dunia pada tahun 2008 yang dikendalikan oleh Prospect Magazine (UK) dan Foreign Policy (US). Hasil undian ini menunjukkan beliau dikagumi oleh barat berdasarkan tahap keintelektualannya dan pendiriannya yang moderat.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam reaksi beliau terhadap waran tangkap tersebut telah menafikan pembabitan beliau malah mempersoalkan bagaimana beliau boleh terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah sedangkan beliau memegang kerakyatan Qatar dan tidak pernah meninggalkan Qatar dalam tempoh tersebut.

IKRAM menggesa kerajaan Malaysia bersikap tegas dan mengambil tindakan segera dengan menggunakan kedudukan Malaysia selaku ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta pengaruh dalam Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) supaya mendesak kerajaan Mesir untuk menarik balik dakwaan terhadap tokoh dunia Islam itu.

IKRAM meminta agar Interpol menarik balik waran tangkap ke atas Dr Yusuf Al-Qaradhawi kerana pertuduhan ke atas beliau adalah tidak munasabah sama sekali.

IKRAM juga merayu kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk bermunajat mendoakan keselamatan dan kesihatan tokoh ulama besar tersebut.


Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Timbalan Presiden IKRAM
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia