ICIE 2017 azam bina budaya ‘rahmatic’

“Persidangan ini bertujuan membincangkan dan mengamati isu-isu perkembangan terbaru dalam bidang pendidikan yang sentiasa berterusan berkembang bergerak ke arah abad ke-21 dan seterusnya,” kata Pengerusi Umum ICIE 2017, Dr Noor Azlan Ahmad Zanzali.

Tambahnya dalam sidang media semalam, persidangan ini dianjurkan oleh International Centre for Educational Excellence (ICEE) dan Pendidikan IKRAM MUSLEH (IKRAM MUSLEH).

Ia turut mendapat kerjasama daripada Jaringan Sekolah Islam Terpadu (Indonesia), Assalam Smart School Association (Thailand), Association for Academic Quality (Pakistan) dan Mercy Institute for Islamic Studies (Sri Lanka).

Menurutnya, dunia berubah dengan pesat, jadi untuk mempersiapkan anak-anak mendepani cabaran yang menakutkan ini, masyarakat perlu mengubah cara mendidik mereka.

“Kami sebagai pendidik berusaha membuat kurikulum yang akan membantu pelajar berhubung dengan dunia dan memahami isu-isu yang berkaitan.”

Antara topik-topik perbincangan dalam persidangan ini adalah berkaitan kurikulum, piawaian, penilaian, pedagogi, latihan guru, iklim sekolah, pengurusan pendidikan dan pentadbiran.

Dari kiri Penasihat ICIE 2017, Prof. Dr. Omar Yaakob dan Dr. Noor Azlan dalam sidang media ICIE 2017 semalam

ICIE 2017 juga mendapat sambutan yang baik dengan dihadiri Pengarah Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Haji Azhar Ahmad, selain menyampaikan kertas kerjanya yang bertajuk “Membina Insan Rabbani melalui Pendidikan Islam di Abad ke-21”.

“Dengan pelbagai isu pendidikan yang kompleks, di mana letaknya pendidikan Islam? Adakah kita sebagai pendidik Islam mematuhi pendekatan tradisional dan menghiraukan isu yang sebenar?” soal Noor Azlan lagi.

Dalam perkembangan yang berkaitan, beliau mengajak masyarakat memikirkan adakah cara-cara yang dinyatakan dalam al-Quran al-Karim dan petunjuk oleh Nabi Muhammad yang dikasihi tetap relevan dalam konteks masa kini?

“Jika ya, bagaimana pula kita melaksanakan pendidikan Islam pada abad ke-21?” tambahnya dengan menjelaskan kenapa perlunya diadakan persidangan ini.

Tambah Noor Azlan lagi, pemahaman ini akan digunakan sebagai panduan dalam mempersiapkan pelajar menjadi pelajar yang berjaya dan dengan itu menyumbang dengan ketara ke arah membina budaya ‘rahmatic’ pada abad ke-21.

“Kami berharap persidangan ini akan memberikan peluang unik kepada pensyarah pendidikan, guru sekolah, mahasiswa dan pelajar pascasiswazah daripada pelbagai bidang pendidikan, pembuat dasar dan ahli akademik untuk menganalisis dan membincangkan isu-isu di atas dalam konteks pendidikan Islam,” ujar beliau.

Sebanyak enam ucaptama dan 41 kertas kerja dibentangkan sepanjang persidangan tiga hari tersebut, yang dihadiri sekitar 200 peserta dari 10 buah negara.

Antara negara yang menyertai ICEE ini ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Sri Lanka, Afghanistan, Pakistan, Amerika Syarikat, Nigeria dan Thailand.

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr. ‘Aliah Ahmad Shah turut hadir menyempurnakan pelancaran International Quality Range Assesment (IQRA) sempena persidangan ICIE 2017 ini.

Turut menyaksikan pelancaran Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia