Ruang lobi yang indah bagaikan mengalu-alukan kedatangan tetamu. |
Mana-mana organisasi pun perlu ada pejabat sendiri bagi memastikan operasi dan urusan harian mereka berjalan lancar. IKRAM ketika dilancarkan pada 20 Jun 2010 menggunakan alamat urusan di Putrajaya seperti termaktub di dalam Undang-undang IKRAM. JKP IKRAM dalam satu mesyuarat bagaimanapun bersetuju untuk menukar alamat Ibu Pejabat IKRAM ke alamat di premis di atas milik Optimum Ventures Sdn Bhd,” beliau menjelaskan.
Tambah beliau, permohonan untuk menukar alamat IKRAM dari Putrajaya ke Seri Kembangan telah diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 September 2010. Mulai tarikh tersebut, alamat di Seri Kembangan menjadi alamat rasmi IKRAM.
Pejabat Setiausaha Agung kemudiannya mencadangkan kepada JKP agar pejabat di premis ini diubah suai dan dijadikan Ibu Pejabat IKRAM interim sehingga premis baru yang lebih sesuai ditemui.
Ruang menunggu di luar bilik Presiden. |
“Impian kita ialah untuk memiliki sebuah ibu pejabat yang lebih besar (Kompleks IKRAM) yang dapat meletakkan semua Jawatankuasa IKRAM dan institusi-institusinya di bawah satu bumbung.
“Di premis sekarang, kita cuma ada pejabat Presiden, Setiausaha Agung, pentadbiran, kewangan, tarbiah, wanita, media dan pemuda. Ada banyak lagi jawatankuasa yang tidak dapat ditempatkan di sini disebabkan ruang pejabat yang terhad.
“Itulah sebabnya idea membeli bangunan untuk dijadikan Kompleks IKRAM ini amat praktikal demi memastikan kemajuan dan kejayaan IKRAM,” kata Haji Yaakub lagi.
Baru-baru ini, pihak pentadbiran pejabat berjaya mengumpulkan 15 petugas sepenuh masa IKRAM bagi melaksanakan gotong-royong pengemasan pasca pengubahsuaian. Tujuan gotong-royong tersebut adalah supaya Ibu Pejabat IKRAM yang ada sekarang mempunyai suasana tempat kerja yang lebih berinspirasi dan ‘presentable’.
Gabungan generasi lama dan baru. | Akhawat tidak mahu ketinggalan menyumbang tenaga. | Senyuman menghilangkan keletihan. |
Wajah baru Ibu Pejabat IKRAM ini juga dilihat lebih ‘mesra pelanggan’ dengan kemasan lobi yang anggun dan bilik mesyuarat yang selesa. Bilik seminar di tingkat satu dapat menampung sehingga 80 orang peserta dalam satu-satu masa, manakala bilik Presiden di tingkat tiga juga bersedia menerima kunjungan tetamu yang ingin berurusan dengan beliau.
Penolong SUA sebagai ‘wireman’. |
Presiden turut memerah keringat. | Dua orang ustaz ini tidak mahu berenggang dari buku. |
Haji Yaakub berharap Ibu Pejabat IKRAM dapat dimakmurkan dan diambil manfaat sebaik mungkin oleh ahli-ahli. “Insya-Allah, apabila pejabat ini siap sepenuhnya, kita akan mengadakan satu majlis pelancaran.”
Ahli-ahli yang memerlukan bilik untuk mengadakan mesyuarat, seminar mahupun sebagai tempat penginapan sementara bolehlah menghubungi Sdr Azamuddin (019 279 2670) untuk urusan tempahan.
Nasi beriani Arab berlaukkan kambing memulihkan tenaga yang telah digunakan. |