 Program yang dianjurkan  oleh tiga badan ini mendapat sambutan yang sangat memberansangkan daripada  para ibu bapa muda dan juga para pengusaha taska serta guru-gurunya.  Bengkel ini menampilkan Puan Azlina Roszy Mohammad Ghaffar (foto), seorang  psikologis klinikal daripada Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.
Program yang dianjurkan  oleh tiga badan ini mendapat sambutan yang sangat memberansangkan daripada  para ibu bapa muda dan juga para pengusaha taska serta guru-gurunya.  Bengkel ini menampilkan Puan Azlina Roszy Mohammad Ghaffar (foto), seorang  psikologis klinikal daripada Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.
Beliau telah menyatakan dalam pendahuluan sesi perbincangannya berkaitan hadis Nabi SAW bahawa setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang menjadikan anak itu seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi. Oleh itu, kedua ibu bapa itulah yang mencorakkan kehidupan seseorang anak dan juga suasana sekelilingnya.
Pendekatan yang dibawa oleh Puan Azlina banyak berkisar di sekitar prinsip ini. Beliau telah memberikan bimbingan dalam bentuk penekanan terhadap sikap ibu bapa terhadap anaknya.
Satu contoh yang beliau bawakan tentang kes yang beliau kendalikan di mana seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang tidak lagi berminat pergi ke sekolah. Beliau menceritakan bahawa anak tersebut telah dibawa kepada pakar, dan mendapati bahawa anak tersebut mempunyai IQ yang lebih berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Selain dari itu, anak ini juga berjaya mempelajari bahasa Sepanyol melalui Youtube.
Tambah Puan Azlina, disebabkan kelebihan kanak-kanak tersebut yang  mempelajari bermacam-macam melalui Internet, beliau tidak lagi berminat  dengan kelas-kelas di sekolah kerana guru mengajar perkara yang sudah  diketahuinya. 
 
Menurut beliau, generasi terkini merupakan generasi alpha iaitu satu generasi yang sangat terdedah kepada Internet.
“Mereka ini lahir sahaja, dunia telah mengenalinya,” katanya.
Beliau juga banyak mengingatkan ibu bapa yang hadir tentang kesan mendedahkan anak-anak kepada Internet, iPad, dan yang seumpama dengannya pada peringkat umur yang terlalu awal.
 
				 
															 
								



