Hukuman terhadap #Malaya4 keterlaluan

Hukuman yang dijatuhkan ke atas Anis Syafiqah, Luqman Nul Hakim dan Luqman Hakim adalah pengajian digantung selama satu semester, amaran dan juga bayaran denda sebanyak RM400. Seorang lagi aktivis mahasiswa, Suhail Wan Azahar hanya dikenakan hukuman denda RM400.

Himpunan #TangkapMO1 yang dipimpin oleh empat aktivis berikut adalah satu perhimpunan yang dianjurkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa, dengan tujuan mendesak pihak berwajib untuk menahan ataupun menangkap “Malaysian Official 1” yang dinamakan dalam dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Tindakan UM ini jelas menyekat secara langsung kebebasan untuk beraktivisme yang sepatutnya disemarakkan oleh mana-mana institusi akademik. Penglibatan empat aktivis ini sepatutnya diangkat kerana penganjuran Himpunan #TangkapMO1 jelas membuktikan bahawa suara mahasiswa masih merupakan suara keramat yang mampu menzahirkan kerisauan rakyat secara keseluruhan.

Oleh yang demikian, IKRAM Siswa merasakan bahawa keputusan UM adalah keterlaluan dan tidak menepati nilai-nilai yang terdapat dalam perlembagaan keramat negara ini.

IKRAM Siswa menyeru supaya hak untuk beraktivisme terutamanya dalam kalangan mahasiswa diraikan dan tidak dipermainkan lebih-lebih lagi di mana-mana institusi pendidikan ternama dalam negara. Tindakan menjatuhkan hukuman atas alasan memalukan universiti nyata tidak sama sekali pernah menekan semangat aktivisme dalam mahasiswa yang tidak lelah menyuarakan idea dan pandangan dalam melihat negara yang lebih baik.

IKRAM Siswa sekali lagi ingin menzahirkan kekesalan di atas rentetan peristiwa yang telah terjadi bermula dari pertuduhan, prosiding sehingga ke penjatuhan hukuman.

IKRAM Siswa mempunyai harapan yang menggunung supaya universiti di Malaysia akan belajar daripada kesilapan dan sedia memberi ruang untuk para mahasiswa memimpin masyarakat dari dalam mahupun luar kampus. Impian IKRAM Siswa adalah supaya semua kampus dalam negara dapat mengamalkan nilai-nilai yang matang dan saksama dalam berhadapan dengan situasi seumpama ini pada masa akan datang dan akhirnya meningkatkan kredibiliti institusi akademik dalam negara.

Ahmad Taqiyuddin Shahriman
Presiden
IKRAM Siswa Nasional

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia