Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan Wajar Disokong

Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan Wajar Disokong | IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengalu-alukan keputusan Kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori seperti yang diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) melalui Kenyataan Media bertarikh 10 Jun 2022 yang merupakan kesinambungan daripada keputusan Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Ini selaras dengan saranan IKRAM pada tiga (3) tahun lepas dalam Kenyataan Medianya bertarikh 8 Mac 2019 yang menyokong hukuman mati mandatori dimansuhkan berdasarkan prinsip bahawa nyawa seorang manusia adalah sangat berharga yang mana ia hanya boleh diambil dalam keadaan yang sangat terhad dan juga dengan syarat yang sangat ketat selari dengan prinsip Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan nyawa.

IKRAM telah berkesempatan menghadiri dua (2) siri ‘Town Hall‘ dengan Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori iaitu pada 4 dan 19 November 2019 yang mana IKRAM telah pun menyampaikan saranan IKRAM tersebut termasuklah mencadangkan supaya diwujudkan peruntukan undang-undang yang membolehkan keluarga mangsa memberikan kemaafan kepada pesalah disertai dengan penerimaan bayaran pampasan sebagai alternatif bagi kesalahan yang membawa kepada kematian individu selari dengan konsep diyat dalam undang-undang jenayah Islam.

IKRAM juga ingin menjelaskan kekeliruan bahawa pemansuhan hukuman mati mandatori bukan bermakna hukuman mati sudah tiada lagi dan dihapuskan dalam undang-undang jenayah di Malaysia, tetapi apa yang dimaksudkan dengan pemansuhan hukuman mati mandatori ialah mahkamah tidak lagi terikat untuk hanya memberikan hukuman mati sahaja bagi kesalahan-kesalahan tertentu.

Pemansuhan hukuman mati mandatori akan membolehkan mahkamah untuk mempunyai pilihan dengan memberikan hukuman lain selain hukuman mati sekiranya mahkamah mendapati ia adil untuk diputuskan sedemikian untuk kesalahan-kesalahan tersebut.

Malah, peruntukan hukuman mati dalam undang-undang jenayah Islam hanya melibatkan kesalahan seperti membunuh, berzina dalam keadaan sudah berkahwin dan hirabah yang mana kesemuanya juga adalah tidak mandatori dan memerlukan piawai pembuktian (standard of proof) yang jauh lebih tinggi daripada yang digunakan dalam sistem undang-undang jenayah di Malaysia sekarang.

Hal ini berbeza dengan undang-undang jenayah Malaysia yang memperuntukkan jumlah yang lebih besar bagi kesalahan yang membawa kepada hukuman mati iaitu melibatkan sekitar 33 kesalahan dengan 11 daripadanya adalah hukuman mati mandatori.

Dalam masa yang sama, IKRAM konsisten berpendirian bahawa hukuman mati tetap perlu dikekalkan dengan sekurang-kurangnya lima (5) cadangan pembaikan sepertimana yang telah diutarakan dalam Kenyataan Media IKRAM bertarikh 8 Mac 2019 tersebut.

Pautan: https://ikram.org.my/mansuh-hukuman-mati-mandatori-kekalkan-hukuman-mati/

Haji Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia