Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan, Jangan Keliru

Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan, Jangan Keliru | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Pemansuhan hukuman mati mandatori bukan bermakna hukuman mati sudah tiada lagi dan dihapuskan dalam undang-undang jenayah di Malaysia, kata Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Haji Badlishah Sham Baharin.

“Tetapi apa yang dimaksudkan dengan pemansuhan hukuman mati mandatori ialah mahkamah tidak lagi terikat untuk hanya memberikan hukuman mati sahaja bagi kesalahan-kesalahan tertentu,” ujar beliau dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Jelas beliau, pemansuhan hukuman mati mandatori akan membolehkan mahkamah mempunyai pilihan dengan memberikan hukuman lain selain hukuman mati sekiranya mahkamah mendapati ia adil untuk diputuskan sedemikian untuk kesalahan-kesalahan tersebut.

Tambah Badlishah, IKRAM mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori, selaras dengan saranan IKRAM pada tiga tahun lepas dalam kenyataan media bertarikh 8 Mac 2019 yang menyokong keputusan tersebut.

“..berdasarkan prinsip bahawa nyawa seorang manusia adalah sangat berharga yang mana ia hanya boleh diambil dalam keadaan yang sangat terhad dan juga dengan syarat yang sangat ketat selari dengan prinsip Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan nyawa,”

Dalam pada itu, IKRAM konsisten berpendirian bahawa hukuman mati tetap perlu dikekalkan dengan sekurang-kurangnya lima (5) cadangan pembaikan sepertimana yang telah diutarakan dalam kenyataan media 2019 tersebut.

Berhubung perkara itu, pengamal undang-undang, Puan Fadhlina Sidek melalui status Facebooknya berkata, penghapusan hukuman mati mandatori tersebut tidak bermakna tiada lagi hukuman mati di Malaysia.

“Namun, terdapat syor lain yang juga penting dalam pembentangan laporan kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori termasuk reformasi penjara, reformasi sistem jenayah dan agenda ‘restorative justice’ (keadilan restoratif).

Beliau berkata, hukuman mati masih ada, tetapi hukuman mati mandatori sahaja yang dihapuskan bagi beberapa kesalahan tertentu.

“Ini adalah permulaan kepada perjuangan reformasi sistem keadilan jenayah yang lebih sistematik dan efektif bagi menjamin keadilan untuk rakyat,” ujar Fadhlina.

Tambahnya lagi, rasional di sebalik penghapusan hukuman mandatori ini adalah berdasarkan laporan kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang telah dibentangkan, mengambil kira syor-syor yang dicadangkan terhadap beberapa kesalahan yang perlu diberikan penelitian dan kajian lanjut.

“Keadilan bukan sahaja harus dilaksanakan tetapi mesti dilihat dilaksanakan.

Sebelumnya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) melalui kenyataan media bertarikh 10 Jun 2022 telah mengumumkan pemansuhan hukuman mati mandatori yang mana ia merupakan kesinambungan daripada keputusan Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia