Kelengkapan hospital, sokongan psikososial untuk Gaza

SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) dengan kerjasama Madani Institute dan Empowered Women Network telah menyumbang beberapa kelengkapan ke Hospital Patient Friend’s Benevolent Society di Gaza.

 

Semenjak serangan rejim Zionis ke atas Gaza, kelengkapan sedia ada tidak mampu untuk memberikan servis terbaik buat pesakit yang mana dianggarkan sebanyak 7,000 pesakit sebulan dianggarkan dirawat di hospital itu.

 

Pengarah Urusan Hospital, Dr Naser H. al-Tatar menzahirkan setinggi penghargaan kepada MyCARE dan rakyat Malaysia yang menyediakan kelengkapan-kelengkapan perubatan untuk hospital tersebut.

 

“Ini akan membantu kami satu penjagaan kesihatan yang baik untuk pesakit-pesakit kami terutamanya golongan miskin,” katanya.

 

Antara sumbangan yang disalurkan ialah power drill with saw yang akan memanfaatkan 500 pesakit yang berada dalam senarai menunggu, endoscope washer yang akan memanfaatkan 300 pesakit sebulan, UV Endoscope Storage yang akan memanfaatkan 300 pesakit sebulan, kanta untuk pembedahan endoscope dan 10 kotak ubat-ubatan dan disposable.

 

Selain itu, penyaluran bantuan kali ini berfokus kepada bilik pembedahan endoskopi dan ortopedik.

 

Dalam perkembangan lain, MyCARE turut melaksanakan pelbagai program psikososial melalui agensinya Rose2Rose, dalam usaha menyokong dan membantu wanita di Gaza.

 

Ia membantu golongan wanita secara umum dengan pelbagai status sosial sama ada balu, berkahwin atau bercerai yang terkesan dalam serangan ke atas Gaza baru-baru ini oleh rejim Zionis lsrael.

 

Program ini diadakan selama tiga hari di sebuah restoran yang terletak di pantai Gaza. Pelbagai aktiviti dianjurkan secara fizikal dan mental bagi memastikan tahap mental mereka berada dalam keadaan yang baik.

 

Para peserta sangat bersyukur dan memohon agar program seperti ini dapat diteruskan kerana ia sangat membantu mereka dalam kehidupan yang sukar di Gaza.

 

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Madani Institute dan Empowered Women Network atas sumbangan kelengkapan hospital, juga penghargaan kepada para penyumbang yang telah mengembalikan senyuman kepada para ibu dan wanita di sana.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia