HKK 2011 tarik penyertaan pelbagai kaum

hkk-doa

di dalam dan perkarangan Surau Al-Hidayah, PPR Taman Wahyu di sini.

hkk-forum

Program dimulai pada malam 13 Mei dengan Forum Kesihatan “Gaya Hidup Warga Metropolitan” yang menampilkan 2 orang pakar sebagai ahli panel iaitu Dr Zainal Fitri Zakaria (pakar perubatan keluarga) dan Prof Madya Dr Oteh Maskon (pakar Kardiologi). Moderator forum ialah Prof Madya Dr Roslan Harun yang juga merupakan seorang doktor pakar di PPUKM. Dr Zainal Fitri menyentuh mengenai bagaimana menghadapi stres dan PM Dr Oteh mengenai jantung.

hkk-batu1

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan YDP IKRAM Wilayah Persekutuan, Saudara Roshasni Marjumat. Turut berucap semasa majlis perasmian ialah pengerusi Surau Al-Hidayah En Abdul Ghani dan YDP IKRAM Daerah Batu En Hassan Unir. Semasa majlis perasmian juga diadakan penyampaian bantuan kepada 50 penduduk miskin sumbangan dari Islamic Relief Malaysia yang diwakili oleh En Kamarul Halim.

hkk-medcheck hkk-warna

Pelbagai acara menarik berjaya diadakan antaranya; Kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan gigi percuma, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak (tadika, tahap 1 (Djh 1-3) dan tahap 2 (Djh 4-6)), Xplorace remaja lelaki dan talk show reproduksi remaja perempuan.

hkk-racehkk-gigi

Gerai dan pameran juga mendapat sambutan meriah, antara gerai yang ada ialah; HPA, kosmetik dan aksesori wanita, pakaian terpakai, sayur RM1 sekilo (sumbangan salah seorang ahli IKRAM Batu) dan kerepek. Di samping itu, terdapat juga perkhidmatan berbekam. Aqsa Syarif Batu juga turut menjayakan HKK2011 ini dengan membuka booth pameran dan jualan ini dengan membuka booth pameran dan jualan.

hkk-sayur hkk-bekam

Pengarah HKK2011 Hj Zulkarnain Ghazali yang juga merupakan TYDP IKRAM Daerah Batu melahirkan rasa gembira di atas sambutan masyarakat semua kaum dan agama terhadap HKK2011 ini dan berharap kerjasama yang terjalin antara pihak NGO seperti IKRAM, pihak surau dan masyarakat setempat dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan HKK2011 ini.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia