Hira’ Anjur Majlis Hargai Jasa Guru dan Kakitangan

Hira' Anjur Majlis Hargai Jasa Guru dan Kakitangan | IKRAM

SHAH ALAM – Institusi Pendidikan Hira’ (IPH) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Ambang 40 Tahun Hira’ bertujuan meraikan semua guru dan kakitangan yang masih dalam perkhidmatan bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka sehingga hari ini.

Majlis ini diadakan pada Selasa, 29 Oktober lalu di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam. Majlis ini juga adalah bagi meraikan detik bersejarah Hira’ yang telah berjaya mengharungi perjalanan gemilang selama hampir 40 tahun.

Pencapaian ini amat bermakna buat mereka yang telah berjuang dan memberi sumbangan dari segi kewangan, masa, tenaga dan buah fikiran sejak penubuhannya.

Dalam ucapan aluannya, Pengerusi Lembaga Pengarah Institusi Pendidikan (LPIP) Hira, Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, Hira’ telah ditubuhkan sejak tahun 1985, bermula dengan pengoperasian sebuah tadika bertempat di sebuah rumah banglo di Seksyen 3, Shah Alam.

Sekolah Hira’ kemudian berpindah ke Batu Belah dan didirikan beberapa bangunan sekolah di situ, mengikut kemampuan kewangan ketika itu yang amat daif. Sepanjang empat dekad ini, Hira’ telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan

Tambah Dr. Abdul Rahman, kini nama IPH telah tersohor dan mendapat kepercayaan serta menjadi pilihan ibu bapa. IPH kini mempunyai tiga rangkaian sekolah iaitu Sekolah Rendah Islam Hira’, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz al-Quran Hira’, dengan bilangan keseluruhan pelajar berjumlah 1,629 orang.

Lebih membanggakan, seramai 22 orang alumni Hira’ kini berkhidmat di Institusi Pendidikan Hira’, membawa kembali ilmu dan pengalaman mereka untuk terus menyumbang kepada institusi ini. Warga kerja IPH kini berjumlah 254 orang.

Sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan, IPH turut menyampaikan Anugerah Penghargaan Jasa 2024 kepada warga kerja yang telah berkhidmat selama 15 tahun ke 35 tahun. Seramai 53 warga kerja Hira menerima anugerah ini.

Hadirin yang merupakan warga kerja IPH bukan sahaja diraikan dengan santapan makanan malam, bahkan mereka juga diberikan hadiah berupa barangan elektrik dan barangan rumah. Para warga kerja IPH kelihatan gembira menerima hadiah yang tidak disangka itu.

Selain itu, majlis ini turut meraikan pelantikan Ahli Lembaga Pengelola Institusi Pendidikan Hira’. Setiausaha IKRAM Selangor, Prof. Dr. Ramlan Zailani telah hadir bagi menyampaikan watikah pelantikan kepada Ahli Lembaga Pengelola IPH sesi ini. Mereka yang dilantik adalah:

  1. Pengerusi: Dr. Abdul Rahman Mohamed
  2. Naib Pengerusi: Tn. Hj. Imran Muhammad Khayat 
  3. Setiausaha: Dr. Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah
  4. Penolong Setiausaha: Tn. Hj. Rubani Dikon 
  5. AJK Pembangunan: Dato’ Ir. Mohd Fazli Osman
  6. AJK Dana: En. Mohd Hafiz Abdul Hamid
  7. AJK Pembangunan: Prof. Madya Zamri Abdul Rahman

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), Prof. Dr. Omar Yaakob dalam ucapan perasmiannya merakamkan ucapan tahniah kepada IPH yang menjadi pelopor kepada pendidikan bersepadu bermula pada era 1980-an hingga sekarang.

“Hira’ telah menjadi antara institusi pilihan ramai untuk melahirkan generasi harapan negara, soleh wa musleh. Syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan IPH, semua pengurusan sekolah, guru-guru, kakitangan dan ibu bapa yang terlibat dalam menjayakannya,” ujar beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM. 

Majlis makan malam ini merupakan permulaan bagi beberapa siri program yang akan diadakan sepanjang tahun 2025 bagi meraikan ulang tahun Hira’ yang ke-40. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia