Hijrah: Kebangkitan Islam Yang Makin Hampir

Hijrah: Kebangkitan Islam Yang Makin Hampir | IKRAM

Tahun baru Hijrah seringnya dikaitkan dengan kebangkitan Islam berikutan penentuan kalendar Islam yang dilakukan pada zaman khalifah Umar al-Khattab r.a.

Ia diambil daripada kisah hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah, seterusnya menjadi mercu tanda kebangkitan Islam. 

Peperangan antara Rusia dan Ukraine telah memburukkan keadaan dunia dan melemahkan hegemoni Barat dan Timur. Kemelesetan dan kebankrapan pelbagai negara telah menjadi semakin nyata dan mengerikan.

Justeru, realiti tersebut menampakkan hakikat bahawa Islam adalah agama yang paling solutif (bersifat menyelesaikan) dalam menghadapi pelbagai jenis masalah kehidupan moden. 

Begitu juga dunia Islam yang semakin ‘solid’ dalam menghadapi segala masalah yang mengancam dunia.

Kebangkitan Islam, baik dari segi data mahupun fakta memang tidak dapat dinafikan, hanya menunggu masa yang sesuai sebagaimana yang telah Allah SWT janjikan.

Dari segi data, baik bersumber daripada al-Quran atau as-Sunnah, ia sangat jelas telah dinyatakan. Antaranya ialah:

1. Islam akan dimenangkan

Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai.  (Surah at-Taubah: 33 & as-Saff: 9)

Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi. (Surah al-Fath: 28)

2. Umat Islam umat terbaik

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah Ali Imraan: 110)

3. Allah menangkan orang mukmin

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah di redai-Nya untuk mereka, dan Dia akan mengubah (keadaan) mereka setelah mereka dalam ketakutan untuk selamat selama-lamanya. Mereka tetap menyembah-Ku tanpa menyekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Dan barang siapa (tetap) menjadi kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (Surah an-Nur: 55)

Bilakah kemenangan umat Islam?

Kemenangan umat Islam sedang dalam proses yang sangat hampir, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

Daripada Hudzaifah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan mengalami masa kenabian sehingga Allah menghendaki, kemudian Allah SWT angkat (masa kenabian tersebut) jika Allah SWT menghendakinya. Seterusnya masa khilafah dengan manhaj kenabian sehingga Allah SWT menghendaki, kemudian Allah SWT mengangkatnya jika Allah menghendakinya. Seterusnya masa raja yang menggigit sehingga Allah SWT menghendakinya, kemudian Allah SWT mengangkatnya jika Allah menghendakinya. Seterusnya masa pemerintahan diktator sehingga Allah SWT menghendakinya, kemudian Allah SWT mengangkatnya jika Allah SWT menghendakinya. Seterusnya masa khilafah dengan manhaj kenabian.” (HR Ahmad, 18406, Isnad Hasan)

Hadis ini menyebutkan lima fasa kepemimpinan:

1. Kepimpinan para nabi (terakhir Nabi Muhammad SAW)

2. Kepemimpinan Khulafaur Rasyidin (Abu Bakar r.a. – Ali bin Abi Talib r.a, 30 tahun)

3. Kepimpinan kerajaan Islam (Bani Umayyah – Turki Uthmani, 13 Abad)

4. Kepimpinan pemerintahan diktator

5. Kepemimpinan dunia Islam

Para ahli sejarah meneliti sesuai hadis di atas, bahawa era sekarang adalah era di fasa keempat iaitu pemerintahan diktator yang tidak menerapkan sepenuhnya ajaran Islam. Fasa ini dikuasai oleh blok Barat; Amerika Syarikat, Eropah dan Israel dan blok Timur; China, Jepun, Korea dan beberapa negara lainnya.

Manakala episod seterusnya ialah kekuatan pemerintahan ‘super power’ yang akan saling bertelagah dan berperang sehingga mencetuskan tragedi besar dunia.

Pasca kejatuhan dua blok tersebut, kekuasaan akan kembali ke tangan umat Islam atau dunia Islam. Dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas semua itu.

Sikap optimisme dan semangat seperti inilah yang sering disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat dan umatnya.

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ، حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ

“Akan sentiasa ada golongan daripada umatku, yang senantiasa menegakkan kebenaran, musuh-musuh mereka tidak mampu membahayakan mereka, sehingga Allah SWT menentukan urusannya, dan mereka tetap istiqomah dalam perjuangan terhadap kebenaran.” (HR Muslim, 1920)

لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ، فَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا، وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ

“Kota Konstantinopel akan dibuka (untuk umat Islam), sebaik-baiknya pemimpin adalah pemimpin itu dan sebaik-baiknya tentera-tentera itu (yang membuka kota Konstantinopel)” (HR Ahmad, 18957, Daif)

أَيُّ الْمَدِينَتَيْنِ تُفْتَحُ أَوَّلًا: قُسْطَنْطِينِيَّةُ أَوْ رُومِيَّةُ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَدِينَةُ هِرَقْلَ تُفْتَحُ أَوَّلًا» يَعْنِي قُسْطَنْطِينِيَّةَ

“Rasulullah SAW ditanya, ‘Manakah dari dua kota yang akan dibuka terlebih dahulu (untuk umat Islam), Konstantinopel atau Rom? Rasul SAW menjawab, “Kota Heraklius dibuka lebih dahulu, iaitu Konstantinopel.” (HR Ahmad, 6645, Daif)

Terbukanya kota Konstantinopel, ibu kota Byzantium Romawi Timur sudah merupakan fakta yang sangat jelas, dibuka oleh Sultan Muhammad al-Fatih (1453) daripada Turki Uthmani, dan bertukar menjadi kota Istanbul dan seterusnya kota Rom yang merupakan ibu kota Romawi Barat (Eropah sekarang).

Maka, sedarkah kita bahawa hadis ini adalah suatu khabar gembira untuk semua umat Islam yang dijanjikan-Nya.

Dr Hamidah Mat
Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Open University Malaysia (OUM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia