Hidupkan demokrasi, segerakan perbahasan Dewan Rakyat

Menjelang sidang khas Dewan Rakyat yang akan berlangsung bermula pada 26 Julai, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin menyuarakan kebimbangan kerana sidang berkenaan dikhuatiri tidak dapat berperanan dalam melaksanakan amalan semak imbang dengan berkesan khususnya dalam menangani krisis kesihatan, ekonomi dan sosial yang sedang melanda negara. Akibatnya, pihak eksekutif boleh berbuat apa saja tanpa semak dan imbang yang diperlukan dalam amalan demokrasi.

 

Bukan itu sahaja, sidang yang bakal dilaksanakan tidak akan dapat mencapai hasrat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah bertitah pada bulan Jun lepas agar persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin untuk membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

 

Surat aturan sidang khas Dewan Rakyat menunjukkan sidang berkenaan akan dipenuhi dengan sesi taklimat oleh para menteri. Sidang yang bakal membangkitkan isu berkenaan hal darurat, vaksinasi dan bantuan kepada rakyat akan berlangsung tanpa usul, perbahasan dan kelulusan oleh ahli parlimen.

 

Menurut aturan mesyuarat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan memberi taklimat mengenai Pelan Pemulihan Nasional, diikuti oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (mengenai pengurusan wabak Covid-19), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin (mengenai program vaksinasi), Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz (mengenai pakej rangsangan ekonomi), dan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Menteri Pertahanan (mengenai darurat).

 

IKRAM mengambil maklum bahawa mesyuarat biasa Parlimen akan berlangsung pada bulan September dan Oktober ini dengan proses bertanya soalan dan usul yang boleh dibahas. Namun IKRAM berpandangan, dalam krisis dan situasi semasa yang mendesak, kesegeraan persidangan parlimen yang membolehkan ahli parlimen berbahas adalah sesuatu yang kritikal dan tidak boleh lagi dilengahkan.

 

Sehubungan itu, IKRAM menggesa kerajaan agar menyegerakan sesi parlimen yang membolehkan ahli-ahli parlimen berbahas, bertepatan dengan kehendak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

 

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia