Sekitar 20 aktivis Hidayah Centre Negeri Sembilan dan keluarga beserta penyokong dakwah telah menjalankan aktiviti santai berkongsikan risalah dakwah kepada pengunjung taman di kalangan non-Muslim dan juga Muslim.
Menurut Pengerusi Hidayah Centre NS, Wahiduddin Mohd Aris, langkah permulaan objektif program tercapai iaitu melatih aktivis Hidayah Centre untuk menghilangkan keraguan berdepan dengan orang awam dan menyebar luaskan risalah Islam kepada seramai mungkin pengunjung taman.
Lebih kurang 100 pengunjung taman telah mendapat sentuhan Hidayah Centre pada pagi tersebut. Selain risalah, air mineral juga diagihkan. Tambah beliau, program ini akan menjadi program bulanan di tempat berlainan, dengan penambaikan melalui latihan dan pengalaman.