Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hajah Fuziah Salleh kepada Pengarah Operasi Negeri HCF, Haji Abdul Rahman Kassim.
Selain itu, antara anugerah lain yang disampaikan dalam majlis ini adalah Anugerah Tokoh Utama, Anugerah Tokoh Khas, Anugerah Masjid dan Surau Terbaik, Anugerah Kategori Tahfiz, Kategori Rumah Kebajikan dan Kategori Surau Sekolah.
Ditubuhkan sejak 2005 sebagai institusi di bawah Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM), Hidayah Centre berusaha menyampaikan dan berkongsi mesej Islam yang benar kepada bukan Islam dan menyantuni mualaf.
Setelah bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hidayah Centre telah didaftarkan sebagai sebuah yayasan dengan Bahagian Hal Ehwal Undang Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 29 Februari 2012, dengan nama Hidayah Centre Foundation.
Semoga anugerah dan pengiktirafan ini melonjakkan lagi aktivisme HCF dalam menyampaikan mesej Islam serta menyantuni mualaf dan bukan Islam di seluruh negara, insya-Allah.