Hidayah Centre bakal anjur iftar di lima negeri

Program Iftar Perdana (MIPHC) kali ini dijalankan di lima negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang,  Sabah (Kota Kinabalu), Sarawak (Kuching) dan Pahang (Kuantan).

MIPHC Pulau Pinang akan diadakan pada 13 Ogos  2011, Kuala Lumpur dan Pahang pada 20 Ogos 2011, sementara Sabah dan Sarawak pada 21 Ogos 2011.

Menurut Pengerusi Hidayah Centre Tuan Hj Muhammad Abdullah @Nicholas Sylvester, objektif utama MIPHC ialah untuk meraikan saudara baru pada bulan Ramadan yang mulia ini dan mengumpul dana untuk membantu saudara baru melalui aktiviti Hidayah Centre pada masa hadapan.

Menurut sabda Nabi s.a.w:

“Barangsiapa yang mengangkat satu kesusahan daripada seorang beriman di dunia ini, Allah akan mengangkat daripadanya satu kesusahan diakhirat kelak.”

Sabda baginda lagi:

“Tidak berkurangan harta itu dengan sedekah, malah akan bertambah, malah akan bertambah, malah akan bertambah.”

Hidayah Centre yang ditubuhkan pada November 2005 dan kini telah mempunyai 14 cawangan di seluruh negara sedang berusaha mencapai visi untuk membangunkan masyarakat majmuk yang mendukung syariat Islam dan menjadi pusat penyebaran, khidmat, latihan dan rujukan Islam di Asia.

Antara usaha-usaha Hidayah Centre antara lainnya adalah menguruskan pengislaman saudara baru (reverts), memberi bimbingan, pendidikan serta melindungi mereka dari ancaman keluarga dan masyarakat di samping melaksanakan program-program dakwah kepada golongan Non-Muslim. Sejak ditubuhkan beribu-ribu saudara baru telah mendapat bantuan melalui Hidayah Centre.

Bagi pembelian meja untuk MIPHC, meja Pakej 1 bernilai RM5,000, meja Pakej 2 bernilai RM3,000 dan meja Pakej 3 bernilai RM1,000. Harga sumbangan bagi setiap kerusi pula adalah RM100. Mereka yang berminat untuk menyumbang atau membeli meja untuk program MIPHC, sila hubungi Sdr Zun Arif Hakim (017-3667126), Puan Rosmawati (019-2386333) dan Cik Alya (013-3137685) atau hubungi hotline Hidayah Centre (03-41089669) atau emel alamat berikut: [email protected].

Selain itu, maklumat lanjut MPIHC boleh dilayari di blog www.hidayahcentre.wordpress dan Facebook www.facebook.com/hidayah.centre. Seluruh jawatankuasa pelaksana MIPHC turut mendoakan semoga Allah swt meluaskan rezeki para penyumbang iftar, diberikan rezeki melimpah ruah dan digandakan balasan pahala di akhirat kelak.

MIPHC 2011 merupakan program tahunan anjuran Hidayah Centre sebagai sebuah pusat sokongan saudara baru bertujuan mengumpul dana bagi menampung kos pengoperasian hal ehwal saudara baru & Hidayah Centre. Hotline HC : 03-41089669/ Cik Alya 013-3137685
Description
Alhamdulillah program Iftar Perdana (MIPHC) kali ini dijalankan di 5 negeri iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu Sabah, Kuching sarawak dan Kuantan Pahang.

Objektif utama MIPHC :
1. untuk meraikan saudara baru dibulan yang mulia ini
2. mengumpul dana untuk membantu saudara baru melalui aktiviyah Hidayah Centre di masa hadapan

sabda nabi SAW:

“Barangsiapa yang mengangkat satu kesusahan daripada seorang beriman didunia ini, Allah akan mengangkat daripadanya satu kesusahan diakhirat kelak.”

Sabda nabi SAW lagi:

“Tidak berkurangan harta itu dengan sedekah, malah akan bertambah, malah akan bertambah, malah akan bertambah”

Seluruh jawatankuasa pelaksana MIPHC mendoakan semoga Allah SWT meluaskan rezeki para penyumbang sekalian, diberikan rezeki melimpah ruah dan digandakan balasan pahala di akhirat kelak.

Allahumma Amin, Allahumma amin, Allahumma amin.

Tuan Hj. Muhammad Abdullah @Nicholas Sylvester
Pengerusi, Hidayah Centre.See More

Mission
HC yang ditubuhkan pada November 2005 dan kini telah mempunyai 14 cawangan di seluruh negara sedang berusaha mencapai visi untuk membangunkan masyarakat majmuk yang mendukung syariat Islam dan menjadi pusat penyebaran, khidmat, latihan dan rujukan Islam di Asia. Antara usaha-usaha HC antara lainnya adalah menguruskan pengIslaman saudara baru (reverts), memberi bimbingan, pendidikan serta melindungi mereka dari ancaman keluarga dan masyarakat di samping melaksanakan program-program dakwah kepada golongan Non-Muslim. Sejak ditubuhkan beribu-ribu saudara baru telah mendapat bantuan melalui Hidayah Centre, Alhamdulillah.
Products
Sebarang pertanyaan, hubungi :
Puan Rosmawati : 019-2386333
Cik Alya : 013-3137685
Hotline Hidayah Centre : 03-41089669
Email
Phone
03-41089669
Website

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia