Henti Peralat Isu Perlembagaan, 3R untuk Kepentingan Politik – HIKAM

Henti Peralat Isu Perlembagaan, 3R untuk Kepentingan Politik - HIKAM

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) mengambil berat dengan satu kenyataan yang menyentuh tentang Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan yang telah digubal oleh penjajah yang merancang kemerdekaan yang menipu umat Islam, dengan tujuan tidak mahu sekali-kali memberikan kuasa kepada Islam. 

Kenyataan itu juga mengingatkan umat Islam agar menjaga dan mempertahankan akidah masing-masing, khususnya kepada pengamal undang-undang dan semua yang terlibat dengannya daripada kalangan para hakim dan peguam, termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), bahkan raja-raja supaya berwawasan akhirat dengan bijaksana memandang ke akhirat sana, bukan memandang kepentingan dunia di sini sahaja.

HIKAM menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bahawa kenyataan itu bukan sahaja mengelirukan, malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam.

HIKAM berpandangan, kenyataan seperti itu memberi gambaran bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada agama Islam. Sedangkan, kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Malaysia telah diktiraf dan diletakkan sebagai agama Persekutuan.

Oleh yang demikian, agama Islam di Malaysia tidaklah terancam kerana kedudukannya dijamin Perlembagaan Persekutuan, malah kedudukan ini perlu diperkukuhkan dan disebarkan ajarannya kepada umat Islam dan bukan Islam.

Selain itu, peringatan dalam kenyataan itu khususnya kepada Raja-Raja Melayu pula dilihat kurang beradab dan seolah-olah merendahkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah dan Ketua Agama Islam yang sentiasa berusaha memartabatkan agama Islam di negeri jajahan mereka.

Oleh itu, HIKAM menggesa semua pihak terutamanya parti-parti politik supaya berhenti daripada memperalatkan isu perlembagaan dan 3R (Agama, Bangsa dan Raja) untuk kepentingan dan pengaruh politik masing-masing.

Memperalatkan isu 3R dan perlembagaan tiada faedahnya, bahkan boleh membawa mudarat kepada kesejahteraan dan keharmonian negara yang memiliki berbilang bangsa dan agama.

HIKAM menggesa semua pihak agar mengambil sikap menegur dan menasihat dengan berhikmah dan berakhlak mulia tanpa merendahkan kedudukan mereka yang ditegur. Dengan akhlak yang mulia, maka akan terserlah Islam sebagai rahmatan lil alamin. 

Bahkan, Rasulullah SAW diutuskan juga adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Sabda baginda:

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia.” (Hadis Riwayat Hakim, No. 4221, Sahih)

Sesungguhnya tanggungjawab mempertahankan Islam dan ummah di negara ini bukanlah terletak pada satu-satu pihak atau parti tertentu sahaja, bahkan ia tanggungjawab seluruh umat Islam tanpa mengira kedudukan, negeri, parti politik, kerajaan, pembangkang atau peringkat dalam masyarakat.

HIKAM bersedia menawarkan kepakarannya serta sumber manusianya untuk memartabatkan Islam demi mencapai negara Malaysia madani beracuan rahmah.  

Himpunan Gerakan Islam Malaysia
1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia