Hari terbuka pupuk hubungan, cetus kesedaran

Program anjuran bersama Jawatankuasa Pembangunan Umat IKRAM Kajang, Surau Asy-Syakirin dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Tenaga ini turut mencetuskan kesedaran kepada para peserta mengenai kepentingan penjagaan kesihatan badan dan mulut.

“Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah pemeriksaan kesihatan dan gigi, ceramah dan pameran kesihatan, kemanusiaan, aktiviti kanak-kanak, senaman dan 10,000 langkah serta cabutan bertuah,” ujar Nursyuhadah Alias, selaku urusetia program.

   

Ceramah dan pemeriksaan kesihatan

Sekitar 280 orang hadir termasuk ahli kariah, masyarakat setempat daripada pelbagai peringkat umur memeriahkan program tersebut dan turut menarik minat 53 orang peserta kanak-kanak untuk bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti untuk mereka.

“Doktor gigi yang bertugas agak teruja dengan ramainya masyarakat yang terlibat untuk membuat pemeriksaan gigi, biasanya tidak begitu.” ujar Nur Syazwani Ab Wahid, urusetia media program.

   

Aktiviti kanak-kanak dan penyampaian hadiah

Yang Dipertua IKRAM Kajang, Hj Mustapha Muda yang turut hadir mengharapkan program ini dapat meluaskan skop penglibatan institusi surau dan NGO dalam aktiviti kemasyarakatan serta menarik minat golongan remaja dan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti bermanfaat dan mendekati surau.

Dalam ucapan penutup oleh Pengerusi Surau Asy-Syakirin, Hj Ahmad Hassan, beliau memaklumkan hasil semakan ringkas borang penilaian program yang telah dihantar bahawa ramai peserta mencadangkan program seperti itu dapat dianjurkan lagi.

“Tahniah kepada semua yang menjayakan,” tambahnya lagi.

Semoga program sebegini dapat memberikan manfaat sosial dan kesihatan dalam kalangan penduduk sekitar di samping mendekatkan masyarakat dengan pelbagai aktiviti masjid dan surau, insya-Allah.

Lagi info: IKRAM Kajang

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia