Hari Keluarga IKRAM rapat hubungan sesama JKP, kakitangan

Program tersebut yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang turut disertai oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan ahli keluarga beliau. Turut hadir Naib Presiden, Hj Syed Ibrahim Syed Noh dan Ust Wan Subki Wan Salleh, Setiausaha Agung, Hj Zaid Kamaruddin dan Penolongnya, Hj Mohamad Yaakub Idris dan ahli keluarga mereka.


Beliau menyampaikan ucapan dan perkongsiannya selepas ucapan aluan Pengarah Hari Keluarga IKRAM, Hj Mohamed Fariz Mohd Fadhlullah. Acara utama iaitu Sukaneka diteruskan kemudiannya, antaranya senamrobik, perlumbaan kapal layar kertas, durian jus, pancing cawan, ‘collage’ Rabia dan yang lebih menarik adalah ketika pertandingan menepuk betis.

Ucapan Pengarah dan Presiden

 

Peserta dikehendaki menyentuh betis pihak lawan dalam garisan yang dibuat untuk memastikan mereka menang. Mereka juga dikehendaki tidak keluar dari garisan yang dibuat. Meskipun seluar dan baju kotor selepas setiap kali pertandingan, namun peserta kelihatan tetap gembira setiap kali ia selesai dijalankan.

Dr Mohd Parid ketika ditemui berkata, beliau berasa bersyukur program Hari Keluarga IKRAM dapat dijalankan dengan sempurna.

“Saya berasa senang hati program ini dapat disempurnakan dan dijalankan dengan baiknya, saya lihat program seperti ini wajar  diteruskan sepanjang tahun, kerana ia dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli dan kakitangan,” katanya.

Senamrobik dan kapal layar

Sementara itu Zaid Kamaruddin berkata, beliau bersyukur program yang sudah masuk ke tahun kedua tersebut berjaya menarik ramai Ahli JKP dan kakitangan untuk turut sama terlibat.

“Alhamdulillah, program kita pada hari ini, pertama sekali dapat mempertemukan, kenal mengenal, kemudian kita ada aktiviti-aktiviti yang santai untuk merapatkan perhubungan antara ahli-ahli yang bekerja di ibu pejabat dan juga JKP.

Mungkin dalam masa yang lain kita akan saling kenal memperkenalkan antara keluarga (kakitangan) dengan keluarga yang lain, supaya boleh saling kenal mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Menepuk betis dan pancing cawan

Menurut Mohamed Fariz, beliau melihat sambutan hari keluarga wajar dilakukan setiap tahu untuk mengeratkan hubungan perhubungan yang baik di antara staf dan JKP IKRAM.

“Alhamdulillah program hari ini mendapat sokongan yang mantap daripada barisan kepimpinan kita dan Jawatankuasa Pusat, kebanyakan mereka hadir dan jika tidak hadir pun kerana ada tugasan lain.

“Jadi secara keseluruhan program ini saya rasa berjaya dan saya lihat ada kerjasama di antara kakitangan dalam mejayakan program ini iaitu sejak dari awal lagi,” katanya.

Jus durian, ‘collage’ Rabia dan rebut gula-gula

Selesai sukaneka, agenda hari keluarga diteruskan dengan makan tengahari, penyampaian hadiah dan sesi bergambar. Hari Keluarga IKRAM kali ke-2 ini bersurai solat Zohor berjemaah.


Semoga program sebegini mengeratkan ukhuwah dan memberi semangat kepada kakitangan dan Ahli JKP IKRAM untuk terus bekerja dan menyumbang usaha dakwah, tarbiah dan kebajikan umat, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia