Hari Anti-Hukuman Mati Sedunia: M4E desak PBB ambil tindakan tegas terhadap rejim as-Sisi

Memorandum tersebut diserahkan oleh wakil M4E, Dato’ Hj Thasleem Mohamed Ibrahim kepada wakil PBB Malaysia, Jaswinder Singh di sini termasuk gesaan supaya PBB mengutuk dan memberi tekanan ke atas rejim tersebut ekoran kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan sejak rampasan kuasa terhadap Presiden Mesir yang sah pada 3 Julai 2013. 

“Sejak tahun 2003, Hari Anti-Hukuman Mati Sedunia disambut di seluruh dunia dengan pelbagai inisiatif. Hukuman mati dikenakan ke atas mereka yang melakukan jenayah berat termasuk jenayah narkotik,” ujar beliau yang juga Presiden National Indian Right Action (NIAT).

Namun begitu, hukuman mati yang dijalankan di sesetengah negara telah disalahguna oleh rejim tertentu bagi ‘membunuh’ musuh-musuh politik mereka secara kejam termasuk di Mesir.

Mahkamah Mesir pada Jun lalu telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Presiden Mesir yang sah, Dr Mohamad Morsi; Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Dr Yusuf al-Qaradhawi serta 120 rakyat Mesir yang menentang rampasan kuasa Mesir 2013 atas tuduhan lari dari penjara serta menjadi agen asing.

“Sesungguhnya, hukuman tersebut dijatuhkan atas fakta-fakta kes yang menyeleweng serta membelakangi prinsip undang-undang dan hak asasi manusia.

“Terbaharu, hukuman mati ke atas 14 tertuduh akan dijatuhkan pada 15 Oktober ini atas kes menentang kerajaan kudeta as-Sisi. Semua hukuman ini mesti dihentikan,” katanya.

Tegas Dato’ Thasleem, dunia tidak akan melupai dan tidak akan memaafkan segala kekejaman luar biasa yang dilakukan oleh rejim kudeta Mesir dalam siri-siri serangan dan pembunuhan massa termasuk Tragedi Rabaah 14 Ogos 2013, Tragedi Al-Azhar, Tragedi Medan Ramses dan lain-lain lagi.

“Kami sebagai manusia yang cintakan keamanan mendesak PBB agar lebih tegas dalam menghentikan kekejaman ini bertepatan dengan objektif penganjuran Hari Anti-Hukuman Mati Sedunia yang disambut saban tahun pada 10 Oktober sejak 13 tahun lalu.”

Turut hadir mewakili M4E ialah Ustaz Abdul Haris Bain dan Noorsyazly Ramely daripada IKRAM serta beberapa aktivis NGO.

Gabungan Malaysians For Egypt (M4E) adalah sebuah gabungan yang mewakili 33 badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia yang ditubuhkan sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Mesir yang terus teguh pendirian dan bertekad membebaskan negara mereka dari cengkaman pemerintahan rejim kudeta tentera Mesir.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia