Haram Rokok, Arak Di Taman Awam: Selangor Wajar Dicontohi

Telah jelas dalam al-Quran ayat yang membicarakan tentang pengharaman arak dan mudarat besarnya kepada manusia.

 يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ  قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا 

“..Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (arak) dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya…” (Al-Baqarah: 219)

Hakikatnya, pengharaman arak bukan hanya berlaku kepada orang Islam sahaja, bahkan agama lain juga turut melarang daripada meminum arak kerana banyak mudarat yang akan berlaku.

Orang yang meminum arak akan menjadi mabuk hingga mereka mudah melakukan kejahatan dan kemaksiatan tanpa dapat mengawal diri dan rasa bersalah, contohnya melanggar orang lain hingga mati semasa memandu.

Sebenarnya, di sinilah letaknya tanggungjawab pihak berkuasa untuk menegah atau mengharamkan aktiviti penjualan serta mempromosikan arak termasuklah rokok dan vape yang mudaratnya lebih bukan sahaja kepada diri penghisap tetapi juga orang di persekitarannya.

Pada 14 Julai lalu, kerajaan Selangor telah mengharamkan merokok termasuk rokok elektronik (vape) dan meminum minuman keras di taman-taman awam di seluruh negeri itu seterusnya menjadi negeri pertama di negara ini yang menguatkuasakan perintah itu di taman-taman awam.

Memetik kata-kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dua aktiviti itu sekiranya tidak dibendung, ia akan menyumbang kepada pelbagai gejala serta isu negatif.

Menurutnya, walaupun dua aktiviti ini dilakukan oleh sebahagian kecil masyarakat namun sekiranya tidak dibendung, ia akan memberikan kesan kepada suasana harmoni dan kondusif sesebuah taman.

Larangan yang dikuatkuasakan itu akan menjadikan taman-taman awam sebagai sebuah taman yang sihat dan kondusif malahan memberikan keselesaan kepada semua pengunjung terutama warga emas dan kanak-kanak.

Selain itu, gaya hidup yang sihat boleh menjadi amalan dan keutamaan rakyat kerana taman permainan mahupun taman rekreasi semakin kerap dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat untuk beriadah, bersukan serta melakukan aktiviti kekeluargaan.

Rasulullah SAW telah mengingatkan bahawa pengharaman arak bukan sahaja dengan meminumnya, tetapi terdapat lagi sembilan golongan yang akan dilaknat Allah SWT iaitu orang yang memerah, meminta diperahkan arak, membawa dan menghantar, menuangkannya, menjual, membeli, makan hasil jualannya serta meminta dibelikan minuman itu.

Dalam pada itu, baru-baru ini kita dikejutkan pula dengan insiden seorang ahli parlimen yang juga YB Menteri tanpa segan silu menghisap vape di dalam Dewan Rakyat semasa persidangan sedang berlangsung.

Meskipun beliau sudah memohon maaf dan membayar saman, perbuatan itu telah mencemarkan dewan yang mulia.

Menurut Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) dan 25 NGO yang membantah aktiviti merokok dan vape yang berleluasa di Parlimen, isu ini mesti dipandang berat oleh kerajaan kerana ia tidak sepatutnya berlaku lantaran bangunan itu telah pun diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

“Sehubungan dengan itu, kami menggesa agar kerajaan mengambil langkah drastik untuk mempertimbangkan agar larangan penuh penggunaan rokok elektronik atau vape dikuatkuasakan dengan segera,” tegas mereka.

Hakikatnya, tabiat merokok mahupun meminum arak telah terbukti boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya dan implikasi kesihatan yang buruk berdasarkan banyak kajian terhadap kedua-duanya.

Kerajaan sebelum ini (Pakatan Harapan) telah menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan bermula 1 Januari 2019 dan ia mula dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari 2020.

Mantan Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad juga telah menjadikan seluruh kawasan Parlimen sebagai kawasan bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok dengan menutup secara rasminya bilik merokok di Parlimen pada 15 Oktober 2018.

Pelbagai pihak menyambut baik usaha yang dilakukan kerajaan terdahulu itu. Justeru, Menteri Kesihatan, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba sewajarnya meneruskan usaha-usaha yang baik ini bagi memastikan suasana sihat dapat dinikmati semua rakyat.

Bukan hanya di Malaysia sahaja fatwa haram merokok, bahkan sebahagian besar fatwa haram oleh para ulama antarabangsa juga mempunyai hujah yang sama bahawa merokok tiada manfaatnya melainkan mendatangkan lebih banyak mudarat.

ﻻَﺿَﺮَﺭَ ﻭَﻻَ ﺿِﺮَﺍﺭَ

Nabi SAW bersabda: “Tidak boleh memudaratkan dan tidak boleh dimudaratkan.” (HR Hakim & Ibnu Majah)

Oleh yang demikian, tindakan kerajaan Selangor mengharamkan merokok, vape dan minum arak di taman-taman awam wajar dicontohi oleh negeri-negeri lain agar sedikit sebanyak ia dapat membentuk suasana dan persekitaran yang lebih sihat dan harmoni.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia