Golf Amal Palestin, Bengkel Mahligai Kasih di Hulu Selangor

Golf amal yang bertujuan untuk mengisi tabung bagi membantu rakyat Palestin disertai oleh 60 orang pemain golf (15 flight) termasuk peserta daripada berbilang kaum. Kutipan kasar yang berjaya dikumpulkan untuk Palestin berjumlah RM 10,000, tidak termasuk kutipan tabung. Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor. Meskipun hujan di pertengahan pertandingan, peserta tidak berganjak meneruskan pertandingan golf ini.

Dalam Bengkel Mahligai Kasih yang bertemakan “Semakin Hari Semakin Sayang”, seramai 172 peserta mengambil bahagian. Bengkel dirasmikan oleh YDP IKRAM Hulu Selangor, Ust Dr Azhar Zailaini dan penceramah jemputan ialah Hj Ahmad Shafiai Uda Jaafar yang lebih dikenali sebagai Pak Utih. Beliau merupakan salah seorang pakar dalam bidang kekeluargaan terutamanya hubungan antara suami dan isteri.


Banyak ilmu yang dikutip oleh peserta terutamanya di dalam memahami kejadian lelaki dan perempuan sebelum lahir hinggalah dewasa dan perbezaan tingkah laku lelaki dan wanita dalam memupuk persefahaman dalam rumahtangga. Respon yang positif turut dikongsikan oleh satu pasangan selepas bengkel di mana mereka mendapat pengalaman baru dalam memahami pasangan masing-masing walaupun telah berkahwin selama 23 tahun.

Bagi perserta yang bakal mendirikan rumah tangga, bengkel selama 4 jam ini memberikan asas yang cukup baik sebagai persediaan melalui alam rumah tangga. Gerai pameran Aqsa Syarif, jualan dan aktiviti kraftangan untuk kanak-kanak turut diadakan sepanjang bengkel ini. Tahniah kepada Aqsa Syarif Hulu Selangor dan IKRAM Hulu Selangor atas penganjuran program amal kebajikan dan program memupuk kasih saying dalam rumahtangga.


Gambar Pertandingan Golf Amal Palestin

Gambar Bengkel Mahligai Kasih

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia