Giatkan tarbiah, jayakan Negara Rahmah

Beliau berkata demikian ketika Daurah “Malaysia Menuju Negara Rahmah” di Dewan Abu Bakar, Pejabat IKRAM Hulu Selangor pada Ahad 19 April lalu di sini, bagi menghadapi isu perkauman yang menjadi perangkap yang dipasang oleh penjajah untuk memecah belahkan masyarakat di Malaysia.

Turut hadir dalam daurah tersebut Timbalan Yang Dipertua IKRAM Hulu Selangor, Ir Hj Ariffin Abdul Manaf dan ahli-ahli IKRAM Hulu Selangor yang memenuhi dewan tersebut.

Menurut Ustaz Hasanuddin, bagi  mencapai  gagasan Malaysia Menuju Negara Rahmah, ahli IKRAM perlu berpegang kepada firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.” (Al-Anbia’: 107)

Tambah beliau, salah satu elemen yang perlu ada sebelum mencapai Negara Rahmah ialah prinsip keadilan seperti firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 8 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatau kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.

“Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.

“Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan.”

Oleh kerana umat Islam adalah duta kepada Islam, mereka perlu bersikap adil, sensitif dan melibatkan diri dengan masyarakat. Menurutnya, perlakuan umat Islam yang  tidak menuruti neraca keadilan seperti ayat di atas akan menyebabkan Islam ditolak oleh bukan Islam.

Dalam daurah tersebut, Ustaz Hasanuddin turut menyeru ahli IKRAM supaya berfikiran global bagi mengharungi lautan perjuangan yang amat besar dan luas di samping fokus menjalankan aktiviti-aktiviti lokal di daerah masing-masing.

Menurut beliau lagi, IKRAM sentiasa menilai kaedah-kaedah penyampaian dakwahnya dan ahli IKRAM disaran menyampaikan dakwah dengan salah satu kaedah bagi menjayakan visi dan misi IKRAM berpandukan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berbicaralah dengan manusia menurut kadar kemampuan mereka.” (HR Bukhari)

Di samping menggunakan pelbagai pendekatan dakwah ketika berhadapan dengan pelbagai latar belakang masyarakat, ahli IKRAM diseru agar melakukan amal yang tinggi darjatnya seperti yang digariskan dalam Surah Al-Balad ayat 12-16 dan seterusnya menjauhi sifat orang yang mendustakan agama seperti yang digariskan dalam surah Al-Maa’uun.

Beliau turut menggariskan beberapa elemen penting yang lain untuk dilaksanakan oleh ahli IKRAM bagi mencapai Negara Rahmah iaitu:

    • Mengajak manusia untuk berfikir dan memerdekakan diri daripada perhambaan sesama manusia
    • Mengeluarkan orang bukan Islam daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam
    • Mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat

      Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan lagi kefahaman dan komitmen ahli IKRAM untuk mencapai visi dan misi IKRAM, seterusnya menjayakan agenda Malaysia Menuju Negara Rahmah, insya-Allah.

      Sumber: http://bit.ly/1GdgRnk

      Foto Daurah: http://on.fb.me/1HOBGHW

      Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

      Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

      Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
      Hantar maklumat anda kepada kami:

      ARTIKEL TERKINI

      Sumbangan

      Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

      Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

      Berita Terkini IKRAM

      Dapatkan info TERKINI

      Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia