Gempa Bumi di Turkiye, Syria: Agong Ucap Takziah

Gempa Bumi di Turkiye, Syria: Agong Ucap Takziah | IKRAM

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada Kerajaan Turkiye dan Syria serta rakyatnya.

Berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut menzahirkan ucapan takziah.

“Seri Paduka berdua berdukacita atas kehilangan ratusan nyawa dalam tragedi tersebut serta menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.”

Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah sehingga menyebabkan kehilangan nyawa ratusan rakyat dan kerosakan harta benda serta infrastruktur.

“Seri Paduka berdua turut mendoakan agar roh-roh mangsa yang beragama Islam dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut Istana Negara menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Menurut Istana Negara, dalam tempoh kesedihan ini, Seri Paduka berdua dan Malaysia bersolidariti dengan rakyat Turkiye serta Syria seterusnya mendoakan agar mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan akibat tragedi itu dapat diselamatkan dengan segera serta mereka yang tercedera dikurniakan kesembuhan.

Susulan bencana itu, Al-Sultan Abdullah menyeru semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat untuk keselamatan mangsa dan keluarga mereka, serta mengadakan solat jenazah ghaib bagi mangsa yang telah kembali ke rahmatullah.

Lebih 3,600 Terkorban

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 2,379 orang terbunuh dan 14,483 yang lain cedera di 10 wilayah Türkiye berikutan dua gempa bumi kuat yang menggegarkan bahagian selatan negara itu pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Naib Presiden Fuat Oktay.

Gempa dengan magnitud 7.7 itu melanda daerah Pazarcik di wilayah Kahramanmaras dan menggegarkan beberapa wilayah lain termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis pada awal pagi Isnin.

Satu lagi gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter yang berpusat di daerah Elbistan di Kahramanmaras berlaku pada 1.24 tengah hari (6.24 petang Waktu Malaysia).

Oktay berkata, 7,840 orang diselamatkan daripada runtuhan oleh 11,022 anggota mencari dan menyelamat.

Beliau berkata, 338,000 mangsa kini ditempatkan di asrama, universiti dan pusat perlindungan.

Pada masa ini, tiada ancaman tsunami terhadap pantai Mediterranean Timur Türkiye, menurut Presiden Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Gempa kuat itu turut memusnahkan negara jiran Syria dengan pegawai kerajaan dan penyelamat melaporkan hampir 1,300 orang terbunuh dan lebih 2,400 yang lain cedera setakat ini.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, gempa bumi pada Isnin itu merupakan  ‘bencana terbesar’ sejak gempa bumi Erzincan pada 1939.

Türkiye akan berkabung selama tujuh hari. 

“Ekoran gempa bumi yang berlaku di negara kita pada 6 Februari, tempoh berkabung negara diisytiharkan selama tujuh hari. Bendera di seluruh negara dan pejabat perwakilan kita di luar negara akan dikibarkan separuh tiang sehingga Ahad, 12 Februari,” lapor Agensi Anadolu memetik ciapan Erdogan di Twitter.

Setakat ini, Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi berkenaan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia