Gembirakan Mereka di Ramadhan Al-Mubarak

1. Pada hari ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Aqsa Syarif Berhad, IKRAM for Syria (i4S), Hidayah Centre Foundation dan i-Bantu ingin melancarkan program Rayuan Ramadhan 1435H di 17 buah negara termasuk Malaysia.

Program Rayuan Ramadhan 1435H ini merupakan penajaan berbuka puasa dan sedekah kepada yang lebih memerlukan. Tahun ini merupakan tahun ke-16 pelaksanaannya dan lebih 500,000 penerima telah mendapat manfaat melalui program ini pada beberapa tahun yang lepas. Program Rayuan Ramadhan IKRAM ini adalah penerusan program Rayuan Ramadhan anjuran Pertubuhan Jamaahn Islah Malaysia.

2. Pada tahun ini, IKRAM mensasarkan kutipan RM1.5 juta dengan anggaran sasaran seramai 100,000 penerima. Penajaan berbuka puasa ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan penajaan serendah:

a) RM20 seorang untuk penajaan di Palestin dan Syria

b) RM15 seorang untuk negara-negara lain termasuk Malaysia

Pihak kami juga membuka ruang dan peluang kepada penyumbang untuk sedekah dan fidyah kepada fakir miskin.

3. Negara-negara yang akan IKRAM santuni melalui program Rayuan Ramadhan 1435H ini adalah Afgahnistan, Bangladesh, Filipina, Indonesia, Iraq, Kemboja, Lubnan, Myanmar, Maldives, Malaysia, Pakistan, Palestin, Sri Lanka, Sudan, Syria, Thailand dan Vietnam.

4. Hasil sumbangan dari seluruh rakyat Malaysia yang budiman ini akan diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan seperti mereka yang ditimpa bencana, dilupakan, pelarian perang dan orang-orang miskin termasuk anak yatim dan ibu tunggal serta saudara baru di dalam dan luar negara.

5. Bagi pelaksanaan dalam negara, sumbangan akan disalurkan bagi menjayakan program-program, majlis-majlis berbuka puasa bersama saudara baru anjuran Hidayah Centre serta beberapa program lain anjuran i-Bantu dan IKRAM Negeri/Daerah.

6. Bagi pelaksanaan di luar negara pula, lebih 18 buah badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam pelaksanaan program Rayuan Ramadhan 1435H ini di mana kesemua NGO ini telah bersama-sama terlibat sepanjang 15 tahun pelaksanaan program ini. Antara NGO yang terlibat ialah Aqsa Syarif Berhad, IKRAM for Syria (i4S), Hidayah Centre Foundation dan lain-lain lagi.

7. InsyaAllah, tahun ini IKRAM akan menghantar beberapa orang wakil daripada Jawatankuasa Pelaksana Rayuan Ramadhan 1435H untuk menjadi saksi bagi pelaksanaan program di samping memantau pelaksanaan program di dalam dan luar negara.

Ini penting bagi membuktikan ketelusan pihak kami dalam menyalurkan sumbangan seluruh rakyat Malaysia kepada mereka yang lebih memerlukan. Laporan pelaksanaan boleh didapati dengan melayari www.ramadhan-qurban.org.

8. Bagi menjayakan lagi program ini, pihak kami ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita sama-sama dapat berkongsi rezeki, kasih saying, keprihatinan dan melaksanakan tanggungjawab kepada mereka yang lebih memerlukan sebagaimana firman Allah SWT dalam suruh Al-Hujurat yang bermaksud:

“Bahawa sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara…”

9. Sumbangan boleh disalaurkan melalui akaun Pertubuhan IKRAM Malaysia:

a) Maybank 5621 4240 5154 atau

b) Bank Islam Malaysia Barhad 1211 30100 49959

serta maklumkan kepada pihak kami ke:

a) E-mel: [email protected]

b) Telefon: 03-4105 3159 atau 03-4105 3766

c) Faks: 03-4162 atau 03-4107 1754

Tarikh tutup Rayuan Ramadhan 1435H adalah pada 18 Julai 2014 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1435H. Semua sumbangan yang diterima setelah tarikh tutup akan dimasukkan sebagai sedekah Eidul Fitr (Hari Raya Puasa).

10. Akhir kata, marilah sama-sama merebut peluang untuk beramal dan bersedekah dengan ganjaran yang berlipat ganda.

“Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun daripada pahalanya.” (HR Tirmidzi)

Ibadah buat kita, kegembiraan buat mereka. Selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga ibadah puasa dan sedekah kita diterima Allah sebagai sebaik-baik ibadah insyaAllah.

Sekian, wassalam.

 

Disediakan oleh:

HAJI NAHAR BIN MD NOR

Pengarah Rayuan Ramadhan 2014/1435H

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia