GAIS Anjur Retreat Pendidikan Islam Antarabangsa di Malaysia

AMPANG – Persatuan Sekolah Islam Global (GAIS) dengan kerjasama International Centre for Educational Excellence  (ICEE) dengan bangganya mengumumkan program bertaraf antarabangsa iaitu GAIS Malaysia Retreat 2024 pada 29 September hingga 3 Oktober ini.

GAIS yang merupakan sebuah persatuan pendidikan Islam antarabangsa dan ICEE, sebuah persatuan kecemerlangan pendidikan yang berdaftar di Malaysia, bekerjasama dalam menjayakan program ini di bawah tema “Kebangkitan Berakar Tradisi” (Revival Rooted in Tradition).

Program GAIS Malaysia Retreat 2024 diumumkan ICEE dalam Sidang Akhbar Ahli Lembaga Pengarah yang dihadiri Pengerusi ICEE Prof Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali, Setiausaha Agung Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Bendahari Hj. Shamsul Ma’arif Ismail di Grand Barakah Hotel pada Selasa lalu.

Program Pemukiman (Retreat) ini bertujuan memupuk pertukaran idea yang dinamik dan amalan terbaik dalam pembangunan dan pengajaran pendidikan Islam, khususnya dalam institusi K-12.

Retreat ini bakal dihadiri kumpulan peserta yang pelbagai, termasuk pemimpin sekolah, pengetua, pemilik sekolah, pentadbir, ahli lembaga sekolah, penyelidik akademik, ketua pengajian Islam dan pendidik. 

Menurut Ustaz Megat Mohamed Amin, acara berprestij GAIS Malaysia Retreat 2024 ini akan diadakan di Shah Alam yang menghimpunkan para pemimpin dan ulama dari 25 buah negara dalam bidang pendidikan Islam.

Menariknya, dalam program ini terdapat juga dua buah program pra-Retreat iaitu GAIS International Educators Conference 2024 (28 September 2024 – Sabtu) di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam dan seterusnya Sesi Kelab Pencinta Buku (29 September 2024 – Ahad) di IDCC Shah Alam. 

“Beberapa hasil yang diharapkan ialah pembangunan kepimpinan strategik, meneroka integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dan pembelajaran peribadi dalam pendidikan Islam, peranan pendidikan dalam aktivisme, menyepadukan nilai-nilai Islam dalam bilik darjah abad ke-21, pemetaan sumbangan penyelidikan, memupuk kerjasama penyelidikan, perkongsian penyelidikan dan amalan inovatif terkini dalam pendidikan Islam dan pemetaan kurikulum,” tambah beliau.

Menurut ICEE, terdapat sorotan program termasuk Sesi Pleno dan Bengkel melibatkan perbincangan mendalam mengenai isu-isu dan metodologi-metodologi kontemporari dalam pendidikan Islam dan juga lawatan sekolah serta universiti untuk mendedahkan peluang pemerhatian dan penglibatan dengan institusi pendidikan terkemuka di rantau ini.

Di samping itu, terdapat juga peluang jaringan kerja untuk memudahkan hubungan dalam kalangan profesional dan ahli akademik dalam pendidikan Islam.

Program Retreat ini merupakan sebuah acara penting bagi komuniti pendidikan Islam, menawarkan peluang unik untuk melibatkan diri dengan pemimpin pemikiran pendidikan Islam dan menyumbang kepada kemajuan bidang tersebut.

Butiran lanjut mengenai program GAIS Malaysia Retreat 2024 ini boleh dilihat di https://gais.network/ dan https://iceebhd.org/.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia