G20 bersidang secara maya, isu COVID-19 jadi perbincangan

Bertemakan ‘Merealisasikan Peluang Abad ke-21 untuk Semua’, sidang ini antara lain memberi tumpuan untuk melindungi kehidupan dan memulihkan pertumbuhan.

 

“Kami ingin melihat pasca pandemik COVID-19 untuk membangunkan masa depan yang komprehensif dan lestari, menekankan sokongan untuk pertumbuhan ekonomi, memberi kuasa kepada wanita dan menghadapi masalah ketidaksetaraan. Tidak ada negara yang dapat menangani cabaran antarabangsa bersendirian.”

 

Para pemimpin G20 pada akhir sidang kemuncak maya itu bersepakat akan melakukan semua usaha untuk memastikan bahawa vaksin COVID-19 baru sampai kepada semua orang dengan cara yang adil dan bersasar, dan memenuhi keperluan dana bagi membiayai vaksin ini.

 

“Kami telah menggerakkan sumber daya yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pembayaran mendesak dalam bidang kesihatan global dalam menyokong penyelidikan, pengembangan, pembuatan dan pengedaran alat diagnostik, rawatan dan vaksin yang selamat serta efektif untuk virus COVID-19 yang muncul,” kata kumpulan negara yang merangkumi ekonomi paling kuat di dunia itu dalam sebuah pernyataan penutup.

 

Sebelum berakhirnya persidangan itu, Raja Salman menyerahkan mandat sebagai tuan rumah sidang kemuncak G20 untuk sesi ke-16 kepada negara Itali yang diwakili oleh Perdana Menteri, Giuseppe Conte.

 

“Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk mencapai matlamat G20 semasa kami menganjurkannya,” kata Conte sambil mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi kerana memimpin G20 kali ini.

 

Negara yang terlibat dalam Sidang Kemuncak G20 ini ialah Turki, Jerman, Amerika Syarikat, Argentina, Australia, Brazil, China, Indonesia, Perancis, Afrika Selatan, Korea Selatan, India, Itali, Jepun, Kanada, Mexico, Rusia, Arab Saudi dan Kesatuan Eropah (EU).

 

Data menunjukkan bahawa negara-negara sidang kemuncak ini menyumbang 80 peratus daripada ekonomi global, kegiatan yang merangkumi sekitar 75 peratus perdagangan antarabangsa dan mewakili dua pertiga populasi dunia.

Negara-negara Kumpulan 20 (G20) didirikan pada tahun 1999 atas inisiatif sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) negara-negara industri besar dengan negara-negara berkembang, bertujuan untuk mempromosikan dialog yang membina antara mereka setelah krisis kewangan pada tahun 1990-an.

 

G20 bertujuan menyatukan negara-negara industri dan maju secara sistematik untuk membincangkan isu-isu asas dalam ekonomi global.

 

Sidang kemuncak diadakan pada saat dunia sedang menghadapi wabak COVID-19 dan kumpulan ini juga mengambil inisiatif memimpin usaha antarabangsa melalui komitmen lebih USD21 bilion bertujuan menyokong pengeluaran, pengedaran termasuk menyediakan alat diagnostik, rawatan dan vaksin, dan telah mensasarkan lebih USD11 trilion untuk menyokong ekonomi global.

 

Apa yang menariknya, terdapat 28 isi penting yang difokuskan oleh Raja Salman dalam ucapan penutupnya.

 

“Kami telah berjaya menyampaikan jaminan serta harapan kepada negara dan seluruh dunia melalui pernyataan akhir kepada para pemimpin sidang kemuncak ini,” ujar beliau.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia