Forum IKRAM bincang peranan Ikhwan Muslimin pascarevolusi

Tiga ahli panel yang dijemput adalah pemimpin kanan Ikhwan Muslimin, Syeikh Hussein Ibrahim, Setiausaha Agung Islamic Constitutional Movement (ICM) yang juga Pengerusi Global Organization Of Parliamentarian Against Corruption (GOPAC), Dr Nasser Sane dan Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia, Hj Luthfi Hasan Ishaaq.

Forum yang dianjurkan bersama Pejabat Presiden, Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa dan Jawatankuasa Masyarakat Madani IKRAM Pusat ini dipengerusikan oleh Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Pengarah Negara, Islamic Relief Malaysia (IRM).

Ahli Lembaga Timbangtara IKRAM, Ust Alias Osman menterjemah kupasan yang dibuat oleh Syeikh Hussein Ibrahim. Majlis dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) dengan ucapan aluan kepada ahli panel yang hadir, dif kehormat serta lebih 1000 hadirin yang memenuhi dewan.

Majlis dimulai dengan ucapan Pengarah Forum Umum, Tn Hj Syed Ibrahim Syed Noh, Naib Presiden IKRAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani IKRAM Pusat. Beliau menyatakan bahawa IKRAM membawakan forum ini kepada hadirin tentang latar belakang peristiwa yang paling penting bagi beberapa dekad yang menggoncang masyarakat antarabangsa, iaitu pemberontakan rakyat Arab atau transformasi radikal yang berlaku di Timur Tengah.

Tambah beliau, agenda perubahan harus bermanfaat bagi bangsa, umat dan tamadun, untuk menggalakkan keamanan dan kebijaksanaan bukan kekerasan dan memaksa. Ia penting untuk membina institusi yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan mememerintah dengan baik dan adil bagi semua, tidak mengira bangsa atau agama.

Dalam forum tersebut, menurut Syeikh Hussein Ibrahim ketika ditanya mengenai peranan Ikhwan Muslimin (IM) dalam kebangkitan di Mesir, ia adalah kebangkitan IM dan rakyat Mesir sebagai satu entiti, bukan berasingan. Biarpun IM memainkan peranan yang besar dalam revolusi ini, ia tidak ingin menguasai kebangkitan tersebut. IM berpendapat kebangkitan ini perlu dikendalikan oleh semua pihak di Mesir dan tidak ‘diimport’ dari negara luar.

“Apa pun yang berlaku di Mesir tidak  sepatutnya dipindahkan ke negara lain. Apabila kami menyeru, kami menyeru sebuah negara madani dan kami tidak menujukan kepada negara lain tetapi kepada Mesir,” katanya.

“Semua perkara ini dirujuk kepada perlembagaan. Kerajaan ini tidak mengambil pendekatan teokrasi tetapi kerajaan madani yang tidak akan menyisihkan sesiapa pun,” ujarnya.

Menurutnya, Mesir diperintah atas nama bangsa dan bangsa itulah yang bertindak. Kerajaan yang dibina oleh rakyat akan dijatuhkan juga oleh rakyat. Rakyat mahu parlimen yang kuat yang tidak digugat oleh eksekutif atau legislatif tetapi didasarkan pada undang-undang yang meletakkan semua orang sama di bawah undang-undang.

Tambahnya, IM tidak melihat golongan Kristian sebagai minoriti tetapi kami melihat mereka sebahagian daripada negara yang satu. Yang membawa kepada pendirian ini ialah pendidikan daripada Islam itu sendiri. IM tidak melihat sesuatu yang asing kerana IM memahami Islam berdasarkan maqasid Islam yang mana rujukannya ialah nas Al-Quran yang menyatakan bahawa Allah swt memuliakan anak-anak Adam.

“Kami akan memuliakan semua rakyat Mesir. Ini yang kami rujuk dalam pengajaran Islam dan Mursyid Am pertama kami, Hasan Al-Banna. Jika kami ditanya kepada apa kami ajak manusia, kami menjawab, kepada apa yang Islam seru,” tegasnya.

Dr Nasser Sane ditanya mengenai bilakah berakhir teori domino daripada kesan revolusi ini. Beliau menyatakan, tiada siapa menyangka revolusi ini akan berlaku. Sebelum berlaku revolusi, beliau yakin diktator di rantau Arab tidak akan tumbang. Apabila revolusi di Tunisia berlaku, beliau sangka ia hanya revolusi Tunisia. Sahabat-sahabat beliau berkata, revolusi ini akan bermula, kita nanti apa berlaku seterusnya. Sekarang mereka lihat apa yang telah berlaku sebagai permulaan.

Beliau berpandangan, revolusi ini perlu dilihat sebagai rahmat. Bagi beliau, dulunya menganggap sukar bagi Mesir untuk berubah. Tapi kini perubahan di Mesir berlaku secara drastik. Secara sinis beliau mengatakan bahawa Presiden Mesir sebelumnya, Gamal Abdul Nasser jatuh kerana sakit, Anwar Sadat jatuh kerana dibunuh, tetapi Hosni Mubarak jatuh kerana Facebook dan Twitter.

Tambahnya, kebangkitan ini adalah permulaan yang sangat baik. Beliau menceritakan bagaimana bekas Menteri Dalam Negeri Mesir masuk penjara yang sama dengan penjara yang telah dimasuki pimpinan IM, Khairat Al-Shater. Bekas menteri itu merasa amat bersalah dan mula insaf atas perbuatannya yang membawa kepada pembunuhan ramai penunjuk perasaan semasa revolusi berlaku.

Senario kebangkitan ini dapat dilihat di Libya dan Syria yang mana pemerintah sedang menentang rakyatnya sendiri. Tambahnya, cabaran bagi gerakan Islam adalah bagaimana mereka mengambil peluang dalam kebangkitan ini.

“Perubahan perlu mengambil masa. Ada harga harus dibayar oleh rakyat Mesir, bukan IM sahaja,” katanya.

Dr Nasser juga mengalu-alukan hadirin supaya datang ke Mesir untuk melihat bagaimana Mesir membanteras rasuah. Menurutnya, cabaran daripada kebangkitan adalah daripada Barat kerana mereka tidak tahu bagaimana menangani perubahan ini. Gerakan Islam serta kerajaan baru selepas revolusi perlu memberi perhatian kepada hubungan antarabangsa terutamanya kerajaan-kerajaan di  Barat.

Dr Nasser turut mendedahkan bahawa bekas Presiden Hosni Mubarak meminjam wang daripada Barat untuk membangunkan ekonomi Mesir tanpa cagaran. Mubarak meletakkan Mesir supaya menyebelahi Israel untuk mendapatkan pinjaman tersebut. Oleh itu, Mubarak menutup pintu Rafah di sempadan Gaza-Mesir dan enggan membukanya untuk mengekalkan pinjaman daripada Barat dengan menyebelahi Israel.

“Beliau (Mubarak) telah menggadai prinsip ummah dengan berada di pihak Israel,” ujarnya.

Presiden PKS, Hj Luthfi Hasan Ishaaq menegaskan, kebangkitan yang berlaku sekarang adalah kerana kegagalan Barat. Kesannya, Barat sedang cari solusi daripada Islam yang selesa dengan kepentingan mereka dengan mewujudkan situasi menang-menang. Bagi beliau, kumpulan Islam tidak sepatutnya disekat di Barat. Barat hanya mahu kepentingan mereka dijaga dengan meminggirkan kumpulan Islam daripada masyarakat.

Barat hanya mahu pilih sistem yang mereka selesa sahaja sedangkan sistem dalam Islam menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar. Katanya, Barat sedang melihat  bagaimana kumpulan Islam boleh memerintah. Mereka juga lihat apa yang berlaku di Timur Tengah dan mahu berunding dengan kerajaan baru Islam agar kepentingan mereka terjaga.

Ketika ditanya saranan mewujudkan TV satelit untuk rantau Nusantara kesan daripada peranan TV satelit Arab dalam kebangkitan rakyat, beliau mengatakan bahawa persoalan yang timbul adalah bagaimana berkomunikasi dengan masyarakat. TV satelit adalah sebahagian daripada cara yang boleh digunakan untuk kepentingan masyarakat. Ia juga peluang untuk gerakan Islam memperkenalkan diri kepada masyarakat. Perbincangan pelbagai pihak dengan kerajaan perlu diadakan bagi memenuhi kepentingan mereka.

Apa yang penting adalah pihak terlibat duduk bersama untuk selesai masalah secara bersama. Beliau menekankan perlunya pressure group untuk memenuhi kepentingan masyarakat. Di Timur Tengah, tiada rundingan kerajaan dengan kumpulan Islam hingga jadi konflik sosial di sana sehingga mereka menggunakan saluran lain bagi menyatakan ketidakpuasan mereka. Bagi beliau, cabaran sekarang ialah  bagaimana kumpulan Islam berunding dan berdepan dengan negara Barat selepas era kebangkitan rakyat di Timur Tengah.

Forum ini begitu unik kerana menggabungkan tiga bahasa yang mana Syeikh Hussein berbahasa Arab, Dr Nasser berbahasa Inggeris dan Hj Luthfi berbahasa Melayu dan Inggeris. Ia berjaya merungkai peranan IM dalam kebangkitan di Timur Tengah, cabaran serta masa depan gerakan Islam dalam pelbagai perspektif.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia