Filem Mat Kilau Papar Naratif Sebenar Sejarah – Dr Hafidzi

Filem Mat Kilau Papar Naratif Sebenar Sejarah - Dr Hafidzi | IKRAM

Setelah menonton filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’, penganalisis sejarah, Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor secara peribadi memberikan rating yang tinggi kerana ia adalah satu filem yang banyak memaparkan pertarungan dan memberikan nilai yang tersendiri.

“Dari segi sejarah, apa yang dipaparkan itu hanyalah satu ‘snapshot’ (gambaran) pada satu perjuangan yang panjang, dan yang keduanya kita perlu lihat episod ini dalam perspektif yang lebih luas,” kata beliau yang juga pengasas Akademi Sejarah Dr Hafidzi.

Perspektif yang perlu dilihat ialah perspektif semenanjung Tanah Melayu sendiri, perspektif serantau, bahkan dari perspektif global.

“Ini yang kita nak paparkan. Di manakah nilai-nilai sejarahnya perjuangan Mat Kilau ini?”

Ujarnya, peristiwa kebangkitan ini berlaku di antara tahun 1888 sehingga 1895, iaitu dalam tempoh tujuh tahun dan kemunculan Mat Kilau secara aktifnya bermula pada 1892.

Seperti yang ditayangkan dalam filem, katanya, ketika itu hampir ketiga-tiga negeri Melayu yang dikatakan sebagai Negeri Melayu Bersekutu telah pun jatuh kepada British iaitu Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

“Yang mana negeri-negeri ini jatuh sangat awal, sekitar 1874 atau 1875. Perjuangan yang tercetus di Pahang ini juga bermula pada tahun 1874 tetapi British menghadapi kesukaran untuk mendapatkan persetujuan Bendahara Wan Ahmad ketika itu.”

Menurut Dr Hafidzi, Pahang ketika itu belum ada Sultan, kerana negeri itu boleh dikatakan secara prinsipnya masih berada di bawah pemerintahan negeri Johor, Sultan Johor.

“Jadi dengan pendekatan-pendekatan yang licik, akhirnya British berjaya memujuk Sultan Ahmad untuk menerima Residen British pada tahun 1888,” ujarnya sambil menambah bahawa pada waktu itu, Bendahara Wan Ahmad sudah pun diiktiraf sebagai Sultan Pahang.

Sambung beliau, ketika itulah Datuk Bahaman bangkit, seorang pembesar yang tidak bersetuju dengan campur tangan British, kerana seperti yang dipaparkan dalam filem Mat Kilau, British mengenakan cukai bahkan akan menangkap orang-orang Melayu yang mengutip hasil-hasil hutan.

“Tetapi ini satu aspek yang saya rasa filem ini berjaya paparkan, sebab dalam naratif sejarah, yang diketengahkan itu mengutip hasil-hasil hutan, cukai dan sebagainya. Tetapi kalau kita tengok, aktiviti yang paling penting yang hendak dibangunkan oleh British ialah melombong emas,” ulasnya.

Katanya lagi, perlu difahami bahawa Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah tiga negeri yang kaya dengan emas. Negeri Pantai Barat seperti Perak, Selangor  kaya dengan bijih timah, tetapi Pantai Timur, nilainya adalah pada emas.

“Filem ini berjaya paparkan aspek itu yang jarang diperkatakan dalam naratif-naratif sejarah yang ada.”

Tegas Dr Hafidzi, perjuangan Mat Kilau ni adalah sesuatu yang kita semua patut banggakan.

Walaupun begitu, jelasnya, tiga serangkai pahlawan iaitu Datuk Bahaman, Mat Kilau dan ayahnya Imam Rasu atau Tok Gajah telah dicop sebagai penderhaka kerana enggan tunduk kepada British.

“Ini aspek yang penonton perlu lihat, bukan saja menikmati pertarungan dan sebagainya.”

Bagi beliau, Syamsul Yusof berjaya memaparkan ‘salient point’ (poin penting) daripada perjuangan ini.

“Kta kena faham aspek geopolitik juga. Dan kalau kita lihat dari perspektif serantau, kita lihat bagaimana British dan Belanda sebenarnya menyusun strategi bersama.”

Ini kerana, tambahnya, perjuangan orang Melayu menentang British ini bermula pada tahun 1874 kerana Perjanjian Pangkor, tetapi pada masa yang sama, perjanjian itu dicetuskan oleh Sumatera Traktat ataupun Perjanjian Sumatera pada 1871 antara British dan Belanda.

“Yang mana British dan Belanda telah membuat satu resolusi bahawa Sumatera ni menjadi ‘circle of conquest’ bagi Belanda dan Tanah Melayu menjadi ‘circle of conquest’ bagi British. Selepas itu kita tengok Belanda menggempur Acheh 1873, Perjanjian Pangkor 1874.”

Beliau mengingatkan kepada semua penonton, perhitungannya tidak berlaku di Pulau Pangkor, tetapi diputuskan di medan-medan seperti di Pasir Salak (Perak), Semantan (Pahang), Bukit Putus, Ampangan (Negeri Sembilan).

“Jadi, naratif ni yang kita kena ketengahkan, sebab saya percaya ramai daripada generasi hari ini bahkan yang sebelumnya selalu diketengahkan tentang Perjanjian Pangkor, seolah-olah itulah yang menjadi titik tolak kepada penjajahan British di Tanah Melayu, sedangkan ia disambut dengan darah, keringat dan air mata.”

Dr Hafidzi mengucapkan tahniah kepada pengarah filem, Syamsul Yusof dan juga penerbit, Abdul Rahman Dali kerana berjaya ketengahkan satu naratif yang sebenar yang baginya lebih mirip kepada apa yang berlaku.

“Walaupun banyak fiksyen di situ, tetapi memang berlaku pertarungan, dan pertarungan itulah yang tidak diketengahkan dalam naratif sejarah kita.”

“Kita akan terus mendukung karya-karya yang boleh mengangkat jati diri umat ini supaya kita tidak terus tenggelam dengan naratif sejarah yang palsu dan lesu,” ujar beliau menamatkan ulasannya.

Sumber: Akademi Sejarah Dr Hafidzi

Baca ulasan filem Mat Kilau seterusnya di sini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia