Fenomena El Nino, Pemanasan Global dan Peranan Kita

Cuaca panas menggigit di Malaysia telah menyebabkan beberapa kes kelesuan dan kekejangan haba dilaporkan termasuk satu kes strok haba yang menyebabkan kematian baru-baru ini. 

Hasil siasatan awal oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mendapati punca kematian kanak-kanak berusia 11 tahun tersebut ialah strok haba dengan dehidrasi teruk.

Orang ramai disarankan mengambil langkah pencegahan bagi menghindarkan masalah kesihatan yang boleh terjadi akibat cuaca panas terutamanya sepanjang musim perayaan ini. 

Fenomena Berterusan

Sehubungan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan fenomena El Nino yang sedang dialami negara pada waktu ini dijangka akan berterusan selama lima bulan iaitu bermula April lepas hingga September ini yang akan menyebabkan berkurangnya kuantiti penurunan hujan dan menaikkan suhu cuaca.

Situasi ini boleh membawa kepada krisis air negara disebabkan oleh kemerosotan paras air sungai dan empangan. 

METMalaysia menerusi media sosialnya menjelaskan, El Nino merupakan fenomena pemanasan suhu permukaan lautan yang berlaku setiap dua ke tujuh tahun apabila arus laut yang panas menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di Lautan Pasifik, Amerika Selatan iaitu secara spesifiknya berhampiran luar pantai Peru.

Keadaan ini menyebabkan berlakunya musim kemarau, berkurangnya hujan dan cuaca menjadi lebih kering daripada kebiasaan di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini memberi amaran kebarangkalian fenomena cuaca El Nino akan berkembang dalam beberapa bulan akan datang sehingga meningkatkan suhu global ke paras baharu. 

Keadaan cuaca yang panas membahang ini turut menimbulkan persoalan kepada para penyelidik berkaitan punca yang mengakibatkannya, adakah disebabkan oleh El Nino atau dipengaruhi pemanasan global? 

Faktor El Nino

Ada segelintir ahli sains memberi pandangan, kebarangkalian pemanasan global secara drastik ini berkemungkinan menjadi penyumbang utama kepada kekerapa pembentukan El Nino sejak kebelakangan ini [1][3]. 

Terdapat banyak faktor semula jadi yang boleh mengubah suhu bumi seperti letusan gunung berapi, namun tidak menjadi punca yang bertanggungjawab terhadap cuaca panas semasa.

Para saintis telah melakukan simulasi model sistem bumi untuk mengkaji keadaan suhu dunia sepanjang abad ke-20 tanpa pengaruh manusia dan adanya pengaruh manusia [2].

Hasil kajian ini mendapati terjadinya pemanasan global pada abad ini berbanding yang dirasai sepanjang abad yang lepas, akibat pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera. 

Kesan rumah hijau ialah proses penyerapan haba matahari yang terpancar dari permukaan bumi, memerangkapnya di atmosfera dan menghalangnya daripada terlepas ke angkasa.

Gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan nitrus oksida yang memerangkap haba ini boleh dianggap sebagai selimut yang membaluti bumi, lalu menjadikan suhu bumi lebih panas daripada yang sepatutnya.

Ringkasnya, semakin banyak gas rumah hijau dilepaskan, semakin panas bumi ini. 

Peranan Kita

Bagi mengatasi isu ini, langkah-langkah perlindungan alam sekitar bersama pengurangan gas rumah hijau harus menjadi keutamaan agar situasi bumi tidak terus menerus ditekan sehingga menjadi tidak terawat. 

Kempen peningkatan kesedaran dan amalan kelestarian alam harus ditekankan. Pembangunan yang pesat dialu-alukan, namun ia tidak boleh dibanggakan sekiranya mengorbankan alam sekitar. 

Pelbagai usaha boleh diambil seperti mengurangkan penggunaan tenaga fosil, menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui, menanam semula hutan dan sentiasa utamakan pemuliharaan alam sekitar.

Sudah tentu usaha-usaha ini melibatkan kesungguhan dan komitmen semua orang tanpa terkecuali. 

Di Malaysia, kesedaran alam sekitar masih di peringkat yang rendah. Sungai dan lautan masih banyak dicemari sampah, longgokan sampah mudah terlihat.

Malah, tong-tong kitar semula sering disalahgunakan. Sekiranya mahukan perubahan, ia seharusnya bermula dengan diri sendiri juga dahulu. 

Kita sudah melihat dan juga turut merasai impak akibat mengabaikan alam sekitar. Apakah kita mahu melihat generasi anak cucu kita mewarisi keadaan bumi yang sakit?

Kepesatan pembangunan dan kemajuan teknologi tidak seharusnya menjadikan kita mengorbankan alam yang selama ini telah berkhidmat terus-menerus untuk manusia.  

Namun, apabila manusia tidak menjaga alam, ia akan bertindak balas semula kepada manusia dengan memberikan ancamannya. 

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Rujukan:
[1] Cuaca Panas Melampau: Pemanasan Global atau El-Nino? (ump.edu.my)
[2] Why Does Climate Change? | Center for Science Education (ucar.edu)
[3] https://www.nature.com/articles/nclimate2108

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia