Dengan objektif sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kehidupan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) , ia telah mendapat sambutan hangat termasuk pelajar daripada bukan sekolah IKRAM MUSLEH.
Menurut salah seorang peserta, Huzayl dari Johor Bahru berkata, program seperti ini telah membantunya untuk belajar tentang apa yang perlu dilakukan sepanjang berada di IPT supaya tidak terkejut dengan budaya baru dan telah diajarkan ilmu untuk berdepan dengan masyarakat.
Explorace dan forum
Norfarhana Zawawi yang merupakan lepasan SPM di Kolej Tunku Kursiah pula berkata, program seperti ini membantunya memilih bidang yang sesuai dengan dirinya sebelum memohon UPU.
“Ia turut membantu saya membina sifat-sifat kepimpinan dalam diri”, tambahnya yang sedang bercadang untuk menyambung asasi Sains Kesihatan Sekutu dalam negara.
Menurut penganjur, program tersebut turut memberi pendedahan kepada peserta dengan perkongsian pengalaman mahasiswa yang telah melalui zaman IPT melalui tiga aspek iaitu mahasiswa dalam negara, mahasiswa luar negara dan mahasiswa sebagai seorang wanita.
Para peserta ERAT 2017 dan fasilitator
“Mereka yang hadir ini sebenarnya telah melalui enam program yang dianjurkan sebelum ini bermula selepas PMR”, kata Pengarah ERAT, Hafiz Bai.
Hari kedua program anjuran IKRAMTeens dengan kerjasama Jawatankuasa Seberang Laut dan Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa IKRAM ini dirancakkan lagi dengan permainan Explorace secara berkumpulan di sekitar Putrajaya.
Program tersebut turut diisi dengan forum bertajuk “Seimbang Akademik Aktivisme Mahasiswa” pada hari ketiga yang menampilkan Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari serta dua aktivis mahasiswa iaitu Farah Nabilah Abdul Rahman dan Nurul Hanna Ismail.