ERAT 2012: Gerbang eksplorasi alam IPT

Selepas bersarapan pada pagi Rabu 25 April, para peserta mengikuti slot  pertama iaitu slot “One Love” yang dikendalikan oleh Saudara Hafiz Bai, Pengerusi IKRAMTeens Wilayah Persekutuan. Dalam slot ini, para peserta telah berkenalan antara satu sama lain dan dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan juga.


Antara aktiviti  yang dijalankan ialah ‘melukis muka rakan’ dan agar dapat merapatkan hubungan para peserta. Sebelah petang pula, para peserta telah mengikuti slot “Universiti Idamanku” di mana setiap kumpulan perlu mereka bentuk sebuah universiti idaman mereka dan setiap rekabentuk yang dilukis itu mestilah mempunyai nama universiti, bidang-bidang yang ditawarkan dan keunikan yang ada di universiti tersebut.


Selepas menunaikan solat Isyak, pakar psikologi Dr Adnan Omar menyampaikan dua slot yang amat penting bagi para peserta. Slot yang pertama ialah slot “Personality Test” di mana para peserta dikehendaki mengisi borang ujian personaliti untuk menilai kecenderungan dan bakat mereka. Berdasarkan jawapan yang diperolehi melalui borang tersebut, para peserta akan  dapat mengetahui tentang bidang mana yang lebih sesuai dengan diri mereka.


Slot “Siswa Bertaqwa, Siswa Gemilang” pula menyusul sebaik sahaja usai slot yang pertama tadi. Slot ini mengkhususkan tentang ciri-ciri mahasiswa yang berjaya berdasarkan tafsir surah al-Mukminun, ayat 1 hingga 11. Dalam slot ini, Dr Adnan telah membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan perlu mengekstrakkan isi kandungan setiap ayat tersebut.


Seawal jam 5.00 pagi Khamis, peserta telah bangun untuk berqiamullail. Seusai solat Subuh, peserta berkumpul di dewan utama, Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni untuk bacaan ma’tsurat dan tazkirah. Kemudian, para peserta berkumpul di ruang hadapan masjid untuk sesi riadah “Ar-Ruhul Jadid” bertujuan menguji kemampuan berfikir para peserta. Mereka dikehendaki mendengar arahan daripada Kem Komandan dan menghasilkan bulatan rantaian peserta mengikut formula yang telah diberikan.

Kemudian, tibalah slot yang menarik perhatian para peserta erat iaitu slot “[email protected]”. Slot ini bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.15 malam. Dalam slot ini, terdapat 9 checkpoint  yang wajib diharungi oleh para peserta, dan kesemuanya terletak di sekitar bandar Putrajaya.

Para peserta hanya diberikan wang secukupnya untuk digunakan bagi menaiki penggangkutan awam di situ sehinggalah mereka kembali semula ke Masjid Besi. Antara checkpoint tersebut ialah  Masjid Besi, Perbadanan Putrajaya, Alamanda, Stesen Elektrik TNB, Masjid Putra, Putrajaya Sentral, Pejabat Ikram Putrajaya, Taman Warisan dan yang terakhir ialah Millenium Tower.


Tugasan yang diberikan di setiap checkpoint sangat mencabar minda dan ketahanan mereka. Contohnya, semasa bermulanya explorace iaitu di Masjid Besi, para peserta dikehendaki menyiapkan dua permainan Sudoku. Aktiviti ini menguji kecekapan para peserta dalam kumpulan dan kerjasama antara ahli-ahli kumpulan untuk menyiapkan Sudoku yang diberikan.

Selain itu, sewaktu di Putrajaya Sentral, setiap kumpulan perlu mendapatkan bantuan daripada seorang bangsa India dan daripada seorang bangsa Cina untuk menterjemahkan ayat yang diberikan ke bahasa Tamil dan Mandarin. Secara umumnya, tugasan yang perlu disiapkan di setiap checkpoint mempunyai pengajaran masing-masing bagi mempersiapkan fizikal dan mental para peserta supaya mereka bersedia untuk melangkah ke alam universiti.

Hari terakhir pada pagi Jumaat 27 April, para peserta telah membuat persembahan berkumpulan bertemakan alam universiti. Akhir sekali, para peserta telah mengikuti satu lagi slot iaitu slot “Pelajar Muslim Cemerlang” yang telah disampaikan oleh Prof Dr Abdul Latiff Mohamed. Setelah berakhirnya slot “Pelajar Muslim Cemerlang”, Hafiz Bai telah memberikan taklimat ringkas mengenai Ikram.

Selepas Zohor, majlis penutup telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Hj Ahmad Rizal Ghazali. Sebelum berpisah, peserta menyanyikan beramai-ramai lagu tema program ‘Sebiru Hari Ini’ sambil meletakkan tangan di bahu rakan yang lain sebagai kenangan terindah mewarnai penutup tirai ERAT 2012.

Menurut pesertanya Mohd Mujahid, ERAT membuka mata peserta tentang persediaan ke IPT di samping kursus yang ditawarkan.

“Slot paling menarik adalah Explorace di mana kami melalui 9 checkpoint sekitar Putrajaya”, tambahnya.

Di samping melalui checkpoint, uniknya peserta turut ditugaskan untuk menghafal beberapa ayat Al-Quran, menurut peserta Mohd Sidek Sultan. Bagi Norsofea Banu dari Kedah, ERAT 2012 sangat best.

“ERAT adalah program yang stabil antara rohani dan jasmani”, katanya.

Tambahnya, selain Explorace untuk jasmani, pengisian rohani turut ditekankan seperti solat cara sempurna dan ma’tsurat di samping tautan ukhuwwah dan pendedahan alam IPT.

Banyak respon positif daripada peserta untuk program tiga hari ini. Ia benar-benar membimbing bakal mahasiswa dan mahasiswi untuk bersedia menghadapi suasana baru memasuki alam IPT. Semoga IKRAMTeens berjaya memacu remaja yang beriman, positif dan bersedia untuk mengharungi alam IPT, insya-Allah. Tahniah Hafiz Bai dan semua penggerak ERAT 2012!

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia