Eidul Adha 1434H: Perutusan Ketua Wanita IKRAM

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak

Sempena Hari Raya Eidul Adha, Wanita IKRAM mengajak semua pihak untuk membanyakkan takbir dan tahmid; membesar dan mensucikan Allah azza wa Jalla Tuhan sekalian alam. Khusus bagi kaum wanita, Bulan Zulhijjah dan Hari Raya Korban adalah kesempatan yang paling baik untuk kita mendidik anak-anak dan mempengaruhi orang-orang sekeliling kita untuk mempunyai jatidiri Muslim dan Mukmin yang akan menjamin kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat.

Tiada kejayaan tanpa pengorbanan malah keimanan kepada Allah menuntut kita untuk terus bermujahadah dan berkorban. Kisah keluarga Nabi Ibrahim dipenuhi dengan kisah pengorbanan. Bermula dengan kisah Sayyidatuna Sarah berkorban jiwa dan perasaan mengizinkan suami tercinta mengahwini Sayyidatuna Hajar, disambung pula kisah agung pengorbanan Sayyidatuna Hajar menerima ketentuan Allah ditinggalkan suami bersama anak kecilnya Ismail di bumi gersang Mekah.

Peristiwa Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah mencari air untuk anaknya Ismail merupakan landasan di sebalik ibadah sa’ie. Namun yang meruntun jiwa adalah bagaimana Hajar walaupun sering berseorangan, berjaya mendidik anaknya Ismail menjadi anak yang begitu taat kepada perintah Allah ke tahap sanggup mengorbankan nyawanya sendiri. Tentunya semua ini ditunjangi oleh pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tugas kenabian termasuk dalam mendidik ahli keluarganya untuk beriman dan tunduk kepada ketentuan Allah Yang Maha Kuasa.

Manasik haji mengabadikan kisah keluarga ini untuk menjadi ikutan sepanjang zaman. Bagi kita wanita akhir zaman, cukuplah kisah Sayyidatuna Sarah dan Hajar ini sebagai pembuktian bagaimana Islam memartabatkan wanita, mengiktiraf peranan mereka dalam semua ruang lingkup kehidupan sebagai individu, anggota keluarga dan ahli dalam masyarakat.

Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,
Yang menepati janjiNya, Yang menolong hambaNya,
Dan Yang memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah

Takbir yang kita lafazkan dengan penuh semangat juga menuntut untuk kita sentiasa yakin dalam mengamalkan dan menyebarkan Islam sebagai satu cara hidup yang benar dan diredhai walaupun dibenci oleh musuh. Allah berjanji akan sentiasa memenangkan golongan yang meninggikan kalimah dan ajaran-Nya sekalipun seluruh kuasa dunia bersatu menentang mereka.

Dalam konteks konflik dan malapetaka yang melanda umat Islam di Palestin, Syria dan terbaru di Mesir, kita meyakini bahawa akhirnya kemenangan pasti milik orang-orang yang beriman. Namun kita mesti sama-sama berusaha untuk membantu saudara kita yang dizalimi. Marilah kita mengajak anak-anak dan ahli keluarga kita mengulang-ulangi dan menghayati makna bacaan takbir yang dianjurkan untuk kita baca bagi tempoh yang lebih lama iaitu lima hari berbanding tempoh takbir Eidul Fitri.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah ditanya tentang waktu takbir pada dua hari raya, maka beliau rahimahullah menjawab:

“Segala puji bagi Allah, pendapat yang paling benar tentang takbir ini yang jumhur salaf dan para ahli fiqh dari kalangan sahabat serta imam berpegang dengannya adalah: Hendaklah takbir dilakukan mulai dari waktu fajar Hari Arafah sampai akhir Hari Tasyriq ( tanggal 11,12,13 Dzulhijjah), dilakukan setiap selesai mengerjakan solat, dan disyariatkan bagi setiap orang untuk menyaringkan suara dalam bertakbir ketika keluar untuk solat Eid. Ini merupakan kesepakatan para imam yang empat.” [Majmu Al-Fatawa 24/220 dan lihat ‘Subulus Salam’ 2/71-72]

Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirnya kebahagiaan hakiki di akhirat nanti .

Allahu Akbar. Walillahil Hamd.

 

Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

9 Zulhijjah 1434 / 14 Oktober 2013

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia