Dua persidangan, satu matlamat: Membebaskan Palestin!

International Coalition for Jerusalem and Palestine (I’tilaf) yang beribu pejabat Istanbul dan ASPAC yang beribu pejabat di Jakarta merupakan gabungan puluhan pertubuhan cakna Palestin dari seluruh dunia.

Kedua-dua pertubuhan tersebut telah memberi kepercayaan kepada Aqsa Syarif Berhad (AQSA) dengan kerjasama Palestine Cultural Organization of Malaysia (PCOM) dan Al-Quds Foundation Malaysia (QFM) untuk menganjurkan persidangan tahunan mereka di sini.

Menurut Pengarah Program Multaqa ASPAC & I’tilaf 2014, Ar Syed Muhammad Radhi Syed Sakkaf, program ini merupakan medan perkongsian pengalaman, pertukaran maklumat dan mengatur langkah bersama dan tersusun dalam membantu menangani krisis kemanusiaan di Palestin serta membebaskan Masjidil Aqsa.

Suasana majlis perasmian Annual International Forum for Jerusalem & Palestine

Hari pertama, Jumaat 2 Mei dimulakan dengan persidangan ASPAC kali ketiga dan Malaysia menjadi tuan rumah persidangan ini untuk pertama kali. Sebelah malamnya, program diteruskan dengan majlis siding media dan perasmian Annual International Forum for Jerusalem & Palestine.

Persidangan ini juga telah dihadiri tokoh-tokoh aktivis Palestin serta tokoh gerakan Islam yang sentiasa menyokong perjuangan membebaskan bumi suci Masjidil Aqsa antaranya Usama Hamdan (Ketua Perhubungan Antarabangsa HAMAS), Solah Abu Maqsoud (Menteri Penerangan Mesir kepada Presiden Dr Mursi), Syeikh Muhammad Riadh Asy-Shaqfa (Muraqib Am/Ketua Umum Ikhwan Muslimin Syria) dan Dr Khalid Hendawi, pembantu khas Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.

Dari kiri: Solah Abu Maqsoud, Syeikh Muhammad Riadh Ash-Shaqfa dan Usama Hamdan

Sempena persidangan ini, dua ceramah umum telah diatur untuk memberikan perkongsian dan perkembangan terbaru kepada masyarakat Malaysia berhubung perkembangan di Palestin, Mesir dan Syria iaitu “Krisis Di Mesir, Kesannya Terhadap Syria dan Palestin” pada Ahad 4 Mei di hotel tersebut dan “Bumi Sham: Medan Pembebasan Masjidil Aqsa” di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 6 Mei lalu.

Sidang media, ceramah isu Mesir dan lambang R4BIA selepas ceramah

Majlis penutup Annual International Forum for Jerusalem and Palestine pada 4 Mei lalu berjaya mengumpul sumbangan sejumlah USD482,000 (RM 1.57 juta) dalam masa tidak sampai sejam apabila wakil-wakil NGO dari seluruh dunia diminta oleh Naib Pengerusi I’tilaf, Syeikh Saud Abu Mahfouz untuk memberikan komitmen mereka bagi membantu Palestin.

Permintaan Syeikh Saud dan komitmen sumbangan NGO

AQSA turut memberi komitmen untuk menyampaikan sejumlah USD50,000 (RM150,000) kepada Palestin hasil sumbangan rakyat Malaysia semasa majlis tersebut.

Tahniah AQSA, PCOM dan QFM atas penganjuran dua persidangan ini. Semoga perjuangan ini membebaskan Palestin berterusan di peringkat antarabangsa dan mencapai kejayaan, insya-Allah.

Sumber foto: https://www.flickr.com/photos/multaqa2014/sets/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia