Dr Harlina diumum penerima Anugerah Saidatina Khadijah

maulid3

Anugerah Saidina Ali dirangkul oleh Adik Siti Nadira binti Shafie, Anugerah Umar bin Abdul Aziz dinobatkan kepada Tan Sri Dato Hashim bin Meon, Anugerah Imam Al-Ghazali digelarkan kepada Dr Fathullah Haron dan Anugerah Khalid Al-Walid di berikan kepada En Mohd Nasir Abd Ghani. Mereka yang dianugerahkan membawa pulang wang tunai beserta sepersalinan pakaian dan piala pusingan.

Anugerah-anugerah tersebut disampaikan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu kepada individu-individu terpilih yang telah membangunkan dan mengharumkan negeri Selangor.

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Di-Raja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan menghadiri dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1432H bersamaan 2011 Masihi dan melancarkan bulan dakwah bagi Negeri Selangor Darul Ehsan, mewakili Sultan Selangor yang kini berada di luar negara.

Sambutan Maulidur Rasul kali ini yang bertema  ‘Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam Ikutan Sepanjang Zaman’ dimulakan dengan perarakan yang bermula dari Stadium Mini Seksyen 13. Acara tersebut turut disertai oleh Menteri Besar Selangor, Dato` Seri Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim bersama agensi kerajaan, swasta serta institusi pendidikan yang menyerikan suasana sambutan 12 Rabiulawal itu.

maulid2Dalam pada itu, Tengku Panglima Di-Raja Selangor berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang anugerah dan pemenang kontinjen perarakan terbaik dan sepanduk terbaik mengikut kategori.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Dato’ Haji Mohd Tamyes Abd Wahid dan Lagu Negeri Selangor oleh kumpulan koir Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) disusuli keberangkatan pulang Tengku Panglima Di-Raja Selangor.

Sementara itu, Dr Harlina yang juga Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) ketika ditemui melahirkan perasaan syukur dan gembira kerana terpilih memnangi anugerah srikandi yang menjadi idolanya.

“Sebagai seorang yang mendampingi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, kita perlu banyak belajar daripada Saidatina Khadijah kerana beliau bukan wanita biasa tetapi wanita yang lain pada zamannya. Kita juga perlu lebih banyak melihat kepada Saidatina Khadijah sebagai wanita contoh untuk mencapai kecemerlangan memandangkan banyak contoh teladan yang ada pada diri Saidatina Khadijah,” ujar beliau.

Beliau menyarankan agar para wanita berusaha lebih bagi mempertingkatkan kemampuan diri bukan hanya pada sudut pengetahuan tetapi juga dari sudut sikap serta tanggungjawab ke arah usaha untuk membina masyarakat.

 

Beliau menambah lagi, “Wanita bukan hanya di taraf kedua. Kita sebenarnya berjalan seiring dan kalau mengambil semangat Saidatina Khadijah, kita tahu bahawa perjuangan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mungkin tidak akan dapat pergi jauh tanpa bantuan Saidatina Khadijah.”

Beliau seterusnya membawa satu pendekatan yang menarik dengan mengingatkan bahawa Saidatina Khadijah pada zamannya adalah seperti CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) yang memilih Rasulullah sebagai pekerjanya, seterusnya memilih Rasulullah sebagi calon suaminya dan dari situ kita dapat melihat keunikan yang terdapat pada diri Khadijah.

“Pada saya, wanita perlu menjadi pembuat keputusan yang bijak seperti Saidatina Khadijah,” ujarnya mengakhiri pertemuan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia