KUALA LUMPUR – Ahli JKP IKRAM, Ustaz Dr Hajar Opir yang juga Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Komtemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dilantik sebagai salah seorang tenaga pengajar bagi Layar Dakwah YADIM (LDY).
LDY yang disempurnakan peluncurannya semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr Mohd Na’ím Mokhtar adalah sebuah program latihan yang bertujuan melahirkan pemain industri yang cakna kandungan patuh syariah bagi mendidik masyarakat melalui jalur seni kreatif.
Majlis ini menyaksikan para pembimbing LDY, yang terdiri daripada barisan pengarah dan penerbit berpengalaman dalam industri menerima watikah lantikan masing-masing sebagai pembimbing LDY, termasuk para tenaga pengajar.
LDY akan berlangsung selama tiga bulan di ibu pejabat YADIM bermula Julai hingga September ini dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman luas dalam industri selain turut melibatkan Panel Pakar Garis Panduan Patuh Syariah Filem/Drama YADIM.
Para peserta secara berkumpulan akan menghasilkan sebuah filem pendek pada hujung pengajian, dengan tunjuk ajar barisan pakar drama dan perfileman yang telah dilantik sebagai pembimbing.
#LayarDakwahYADIM
#MalaysiaNegaraRahmah