DDMM Mega: Aplikasi pelbagai input di medan dakwah

“Dan tentulah pada hari ini, kita akan berikan pengisian dengan pelbagai jenis input dan yang lebih penting kepada kita, untuk menguasai input ini serta menggunakannya dalam medan dakwah,” jelas Pengerusi Hidayah Centre Foundation (HCF), Hj Nicholas Sylvester dalam ucapan perasmian DDMM Mega.

Dalam seminar yang berlangsung di Main Auditorium UIAM di sini pada Sabtu, 22 April lalu, beliau turut menekankan kepada peserta untuk memberikan perhatian kepada input tentang Islam itu sendiri.

DDMM Mega yang disertai kira-kira 250 orang yang terdiri daripada masyarakat awam termasuk para pelajar, bertujuan untuk mengajar teknik dan kaedah asas dakwah serta jawapan kepada persoalan-persoalan dakwah bagi memberi keyakinan diri kepada peserta untuk melakukan dakwah.

Kebiasaanya, Seminar DDMM anjuran HCF ini mempunyai enam fasa dan berlangsung selama dua hari dalam setiap fasa di peringkat negeri dan kawasan. Walau bagaimanapun, DDMM Mega berlangsung selama sehari sahaja.

“Kita akan tinggalkan anda dengan banyak persoalan-persoalan yang akan anda dapati jawapannya walaupun ia program dalam masa sehari,” ulas beliau.

   

Hj Nicholas, Hj Kamaruddin dan para peserta semasa sesi pagi seminar

Selain Nicholas, DDMM Mega menampilkan barisan penceramah yang berpengalaman dalam bidang dakwah antaranya Firdaus Wong Wai Hung (Presiden Multiracial Reverted Muslim- MRM) dan Lim Jooi Soon (Pengerusi Interactive Dakwah Training – IDT).

Turut dijemput sebagai penceramah ialah Prof. Dr. Harlina Halizah Siraj (Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM), Ustaz Muhammad Fitri Abdullah (Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM) dan Hj Kamarudin Abdullah (Presiden Islamic Propagation Society International – IPSI).

Tajuk-tajuk yang dibincangkan ialah Kewajipan Berdakwah Kepada Masyarakat Bukan Islam (Hj Kamaruddin), Memahami Masyarakat Kristian Untuk Berdakwah (Hj Nicholas), Memahami Asas Kepercayaan dan Budaya Masyarakat Cina (Bro Firdaus), Memahami Asas Kepercayaan Agama Hindu (Ustaz Fitri), Menangani Kepelbagaian (Prof. Harlina) dan Salah Tanggapan Tentang Islam (Bro. Lim).

Semoga segala input, teknik dan kaedah asas yang diajar serta jawapan kepada persoalan-persoalan dakwah dalam seminar ini dapat memberikan keyakinan diri untuk melakukan dakwah dalam kalangan masyarakat, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia