Dapatkan nasihat bukan tambah risiko

“Gelagat segelintir netizen yang tidak segan silu berjual beli ubat haram itu begitu memalukan,” ujar Dr Hafidzah Mustakim, Timbalan Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Beliau berkata, kasihan kepada golongan wanita yang terdesak dan tersepit menjadi mangsa kepada peniaga yang tidak mengenal erti kemanusiaan apatah lagi halal haram demi mengaut keuntungan dengan menjual ubat terlarang itu.

“Perbuatan menggugurkan kandungan bukan sahaja dilarang agama malah berbahaya daripada segi kesihatan fizikal termasuk boleh mengakibatkan pendarahan, jangkitan kuman malah kematian kepada si ibu,” jelas beliau yang juga pemilik Klinik Perdana Islah Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, kajian juga menunjukkan wanita yang mennggugurkan kandungan secara haram berisiko tinggi untuk mengalami gangguan emosi dan mental secara jangka masa panjang.

“Saya menyeru seluruh anggota masyarakat terutama ibu bapa agar meningkatkan keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.”
Peniaga ubat pengguguran digesa agar jangan menangguk di air yang keruh dan Dr Hafidzah menegaskan agar mereka segera berhenti melakukan perbuatan terkutuk ini.

“Wanita dan remaja yang tersasar disaran mendapatkan bantuan yang sewajarnya kerana satu kesalahan tidak akan dapat ditutup dengan kesalahan yang lain,” tegasnya.

Berikutan itu juga, beliau menyarankan mereka yang terbabit sama ada menjual dan memasarkan serta menggugurkan kandungan ini bertaubatlah daripada melibatkan diri melakukan perkara begini.

“Kepada mereka yang tersasar hingga mengandung, hubungilah pusat perlindungan seperti Raudhatus Sakeenah dan lain-lain untuk mendapatkan khidmat nasihat.”

Beliau berharap, semoga semua pihak memainkan peranan dalam membendung gejala yang tidak sihat ini dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara sejahtera dan rahmah sebagaimana yang  diidam-idamkan.

Sebelumnya Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah dalam kenyataannya berkata kesalahan menggugurkan kandungan secara haram boleh dianggap jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan.

Kesalahan ini adalah membabitkan tindakan individu yang menggugurkan anak dan ia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tinjauan IKRAMedia mendapati aktiviti penjualan produk ini bebas dipasarkan di laman sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Instgram yang kononnya ingin membantu golongan wanita yang terlanjur dan menghadapi masalah kewangan tanpa memikirkan soal larangan agama.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia