Dana IKRAM Health sokong khidmat kesihatan komuniti

SERI KEMBANGAN – Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) melancarkan tabung sumbangan untuk menyokong khidmat-khidmat kesihatan NGO itu kepada masyarakat.

 

“Kami banyak menjalankan aktiviti advokasi dan promosi kesedaran isu-isu kesihatan, menyediakan platfom pendidikan dan latihan serta pembangunan dalam bidang kesihatan untuk kebajikan ummah dan negara,” kata Yang Dipertua IKRAM Health, Dr Mohd Afiq Mohd Nor.

 

Menurutnya, bagi memenuhi peranan dan objektifnya, antara aktiviti dan program utama yang dijalankan oleh IKRAM Health sepanjang tahun untuk masyarakat umum ialah wacana bulanan seperti Sembang Bersama Pakar serta Program Advokasi dan Kesedaran Covid-19 dan Vaksinasi.

 

“Selain itu, kami juga menjalankan Program Advokasi dan Kesedaran Bebas Asap Rokok, Program Advokasi dan Kesedaran Kesihatan Mental, serta Program Latihan CPR dan Bantuan Asas Kecemasan,” tambah beliau.

 

Oleh itu, menurutnya, IKRAM Health memohon jasa baik orang ramai untuk memberikan sumbangan dalam bentuk wang bagi membolehkan kami melaksanakan program-program tersebut dengan jayanya. 

 

Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan https://bit.ly/SumbangDanaIH, manakala untuk info lanjut dan sebarang persoalan, sila hubungi talian 018-2361007.

 

“Semoga sumbangan yang dihulurkan ini akan dapat membantu persatuan dalam memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam usaha memberi perkhidmatan dan kebajikan dalam bidang kesihatan untuk kebaikan kepada semua.”

 

Maklumat lanjut IKRAM Health boleh dilayari di laman web https://health.ikram.org.my/ dan laman Facebook https://www.facebook.com/IKRAMHealth

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia